BAB 33

199 8 0
                                    

Malamnya, dirumah rose. Damia yang dibilik baru selesai mengemas baju yang dibelinya tadi. Al maklum, pemakaian dia sekarang sudah tidak seperti dulu. Tadi semua tu pun, guna duit imran.

Imran kata dia nak belanja. Padahal damia nak sahaja cakap masuk buku 555. Yelah bagi dia settlekan card bank dia yang hilang sebelum ni dan semua benda yang hilang semasa kejadian.

Dia mahukan hidup yang baru!

Tetiba

Tok, tok

" masuk rose.."

Rose masuk dan mereka saling senyum. Rose mendekati damia dan duduk disebelahnya.

" habis dah kemas baju..?"

" alhamdulillah dah, sekejap lagi aku nak solat isyak. Kau ada telekung dan sejadah lebih tak? Aku nak pinjam dulu boleh? Aku tadi lupa pulak nak beli."

" ishh apa pulak tak boleh? Mestilah boleh."

Damia senyum " thanks rose."

" welcome.."

Rose pandang sahaja wajah sahabatnya. Semakin berseri sekarang. Damia yang perasan terus gelak kecil dengan kelakuan kawannya itu.

" kau dah kenapa..?"

" takdelah, aku suka dengan perubahan kau sekarang. Mesti mamat tu yang ajar kau dan nasihat kau tentang semua benda ni kan?"

Damia senyum dan anggukkan kepalanya " ye rose, dia yang banyak ajar aku tentang agama. Bukan dia sahaja, mak mertua aku sekali."

Rose senyum.

" tanpa diaorang, aku rasa dah lama aku lalai dengan kewajipan allah. Yang dahulunya malas nak bangun pergi kemasjid tapi dengan diaorang setiap hari aku ada kekuatan untuk bangun pergi kemasjid untuk tunaikan kewajipan allah."

" kau cintakan dia mia, tu sebab kau buat semua tu. Selain daripada kau kejar cinta allah, kau juga sedang kejar cinta suami kau sendiri."

Damia mengeluh dan pandang rose senyum " tapi dia tak pernah sayangkan aku rose, kalau kau ada masa aku kena pukul. Diperlakukan seperti perempuan bodoh, mesti kau akan benci dia yang amat."

Rose hanya diam.

" tapi buat masa sekarang, aku hanya pikir dia tu masih suami aku sahaja dan aku ni adalah isteri dia. Walaupun dia dah pukul aku, tapi aku tetap tak nak jadi isteri derhaka rose.."

" aku paham, aku paham sangat perasaan kau. Takpe, kau ambil masa untuk tenangkan hati kau. Semua perlukan masa."

" thanks rose."

Rose senyum dan tiba dia terpikir tentang papa damia sendiri. Serba salah pulak rose nak tanya. Damia yang perasaan terus senyum geleng kepala.

" kau ni dah kenapa..?"

" tentang papa kau tu..."

Damia mengeluh " rose..? Boleh tak kita berhenti dulu cerita pasal papa aku?"

" tapi mia..."

" dia tak perlukan aku lagi dalam hidup dia rose.. dia sendiri yang kata, terpulang pada aku sendiri lepasni apa yang aku nak buat. Kalau dia dah berkata macamtu, dia masih lagi ingat aku ni sebagai anak kandungnya ke..?"

Rose mengeluh " sebenarnya.. uncle zainal nak jumpa dengan kau dia nak cerita pasal arwah mama kau.."

Terus damia pandang rose dengan wajah terkedu.

" okeh look, aku tak tahu apa benda yang papa kau nak cerita pasal arwah mama kau tapi dari segi suara dia semalam bila aku bagitahu kau tak dapat nak pergi jumpa dia, dia betul betul merayu dengan aku yang mana dia memang nak jumpa kau untuk beritahu tentang arwah mama kau sendiri."

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now