BAB 10

175 6 0
                                    

Besoknya, nadhir yang sedang bersiap siap untuk kemasjid solat subuh tersenyum sendiri membetulkan songkok hitamnya itu. Tah kenapa tah, nyayuk kot?

Damia pula malam tadi takde ribut nak tidur dengan zalaika. Tah kenapa tah. Cepat beno rapat dengan orang! Yelah, bukannya dia sendiri tak mau ke, mak dia tu kisah pasal damia?

Kemain yer?

Flashback

Nadhir yang baru sahaja keluar dari bilik air terus disergah oleh damia. Nampak macam happy gila jer..!

" nadhir...!"

Terkejut beruk si nadhir bila damia mengejutkan dia dengan macamtu sekali. Mahunya kalau ada sakit jatung, jadi jandalah dia nanti!

" kau ni dah kenapa...? Tak boleh cakap perlahan lahan eaa? Ini dekat dapur bukan bilik. Kalau mak dengar macammana..?"

Damia mencebik " elehh, saya panggil nama jer pun. Awak jer kecoh tak tentu pasal."

Nadhir menjeling " ada jer kerja kau menjawab kan...? Kalau tak menjawab memang bukan damia qaisaralah namanya."

Damia menjeling.

" dahlah, ada apa ni...?"

" ermm saya nak tidur dengan mak malam ni eaa...? Alahh lagipun awak mesti happy punyalah, yelah boleh tidur dekat tilam yang keras tu..."

Damia memperlahankan perkataan keras itu dihadapan nadhir . Kang nanti dia claim pulak , elok aku boleh tidur dekat tilam terus tidur dekat lantai yang cuma pakai tikar getah ni

" elehh tilam yang keras konon, baring jugak kan kau tadi dekat tilam tu..? Jadi jangan nak claim kata tilam aku ni keras ke apa ea?"

Damia menggaru kepalanya " aduu dengar eaa, saya salah saya salah. Saya yang keras bukan tilam tu."

Pulak dah...?

" elehh,... dah kenapa kau nak tidur dengan mak..? Bukan kau sendiri kata, kau tak akan kisah ke pasal mak mertua kau tu.?"

" saje...? Salah ke..? Ehh lagipun tolong correction disitu, saya tak akan ambil kisah sekiranya mak awak tak suka akan saya. Tapi sekarang, awak jangan risau mak awak suka saya maka saya akan suka mak awak."

Erkk?!

Nadhir menjeling dan berjalan bergitu sahaja meninggalkan isterinya didapur. Damia mengeluh. Dia ni paham ke tak..?

" ehh nadhir, awak paham tak..? Awak janganlah buat dek jer. Saya cakap lagi sekali yang saya nak tidur dengan mak.."

Geramnya!

Nadhir berhentikan langkahnya dan pusing pandang suaminya " terpulang."

Nadhir terus meninggalkan damia seorang diri disitu. Damia dah happy dah! Tak payah nak tidur satu bilik dengan dia walaupun memang tidur tak sekatil pun!

" terima kasih awak..!"

End flashback

Nadhir terus keluar daripada bilik dia dan dia keluar sahaja dia melihat isterinya sedang bertelekung putih duduk dikerusi depan.

Nadhir menggaru kepalanya dan bercakap dengan nada yang perlahan " dah nyayuk ke perempuan ni, bukan semalam dia bukan main lagi payah ke nak solat? Datang bulan apalah. Tiba tiba subuh macamni jadi macamni pulak..? Aku dah agak ni dia mesti ada penyakit split personality ni..!"

Tetiba

" apa kamu merepek ni nadhir...?"

" ishh mak.. kenapa tiba tiba muncul belakang nadhir pulak ni mak..?"

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now