BAB 44

159 9 0
                                    

Seminggu kemudian, didewan besar kuala lumpur. Damia yang sedang mundar mandir dengan sibuknya menguruskan majlisnya untuk esok.

Mana taknya, kalau ikutkan memang dia dah prepare anything untuk majlis ni tapi disebabkan customer yang banyak, sehingga dia terlupa dengan majlisnya sendiri.

Tetiba

" cik mia..?"

Damia berhenti dan pandang gerangan yang memanggilnya. Damia senyum " dah selesai uruskan perbincangan dengan boss rose tu..?"

Myra angguk " tapi tulah, dia tu complicated gila tau cik mia.."

" aik bukan kata dia tu perfect sangat ke dimata awak..? Takkan sekarang dah merungut..? Katanya perfect sangat kan..?"

" memanglah sempurna cik mia, tapi kalau semua benda pun nak perfect sampai satu tahap saya pun mau mati. Nasib cik mia pun ada tolong untuk majlis kalini."

Damia hanya sinis mendengar bebelan pekerjanya itu.

" kalau takde cik mia boleh stress saya dibuatnya. Tengok dengan majlis ni pun saya masih tak tolong pape lagi."

" dahlah tak payah mengeluh, ada banyak kerja lagi tak siap. Pergilah tanya yang lain dekat situ. Apa lagi yang nak kena bantu."

" beress boss, saya pergi dahulu."

" yelah."

Myra terus pergi meninggalkan damia sorang sorang. Damia senyum geleng melihat myra, ini bukan kali pertama myra merungut. Banyak kali dah!

Tetiba

Tit, tit

Damia mengeluarkan telefonnya dan baca chatnya dengan penuh senyuman. Amboi kemain.

-idra-
Semoga besok urusan kau dipermudahkan budak comel. Minta maaf sebab tak boleh datang.

Damia sinis dan geleng kepalanya. Ada ada sahaja perangai abang buncit dia ini. Dalam seminggu pengenalannya dengan abang buncitnya itu langsung dia tidak pernah bersua dengan idranya itu.

Jikalau damia minta gambar daripada papanya pun, papanya pasti akan jawab dia sendiri takde gambar bersama dengan idra.

-damia-
Terima kasih abang buncitku.

Seusai sahaja membalas mesej itu terus damia buka chat seterusnya. Yer chatnya bersama shah!

-shah-
Tahniah cik mia, semoga urusan esok dipermudahkan. Esok pasti saya akan datang. Demi awak. Tapi saya lambat sedikit yer.

Damia sinis. Ada ada sahajalah shah ini. Dia kata dia nak datang esok, demi dia.

-damia-
Kalau awak datang demi saya, pastikan beri saya hadiah tau esok. Kalau datang dengan tangan kosong saya suruh security halau awak.

Dengan sekelip mata shah membalas. Damia pelik. Dia menunggu ke damia balas?

-shah-
Awak nak apa cik mia..? Awak nak hati saya..? Dah lama saya beri.

Damia sinis, ada ada sahajalah!

-damia-
Ishh merepek jelah awak ni shah, saya gurau jelah. Awak datang jer esok dengan tangan kosong janji awak datang untuk majlis saya esok.

-shah-
👌🏻

Damia mengakhiri chatnya bersama shah. Malas lah lebih lebih, kang nanti shah kata damia beri harapan pada dia pula.

Tetiba

" hello cik mia..!"

Terus damia memandang yang memanggil namanya. Damia sinis melihat gerangan yang memanggilnya.

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now