BAB 37

145 5 0
                                    

Sementara dimeja makan, rose yang sudah siap sedia menjamu makan malamnya itu terus memanggil damia untuk turun makan.

" mia...!"

Diam lagi.

" aikk perempuan ni, memang tak dengar ke suara emas aku ni panggil nama dia..?"

Rose test sekali lagi selepas berdeham untuk cuba suara " Damia Qaisara binti Ahmad Zainal..! Turun makan....!!"

Tetiba

" ya allah dia ni, kau memang tak reti sabar ke..? Kau memang nak satu taman ni dengar ke kau menjerit..?"

Jeling damia sambil menuruni tangga satu persatu. Rose terus sengih.

" kau tu, diam jer. Aku ingat kau tak dengar aku panggil kau."

Damia menjeling dan duduk " suara emas kau ni, orang gila pun boleh dengar."

Rose mencebik dan duduk bertentangan dengan damia. Damia mencedok nasi dirinya dan untuk rose sekali.

" terima kasih."

Damia senyum dan terus ambil lauk.

" tadi macammana dengan mak tiri kau dengan abang tiri kau tu..?"

Damia sinis " kau rasa...?"

" penjara..?"

Damia anggukkan kepalanya dengan cepat tanda dia memang puas hati " tapi perempuan tu dia kena dalam tahanan untuk bantu siasatan dan polis pun nak periksa sama ada dia terlibat ataupun tidak dengan kes dadah ni. Kalau dia tak terlibat dan bantu siasatan mungkin dia akan diletakkan kedalam rumah pemulihan akhlak."

Rose anggukkan kepalanya " macammana dengan mamat tu..?"

" penjara selama 8 tahun dan tak lepas daripada dikenakan 10 sebatan."

" kau cerita ke pasal kes percubaan membunuh tu..?"

Damia mengeluh " tak. Lagipun, takpelah. Cukuplah dengan apa yang diaorang dapat sekarang ni. Dua orang samseng tu pun dah masuk penjara kan..?"

" kau puas..?"

" sikit. Walaupun kepuasan ni tak dapat nak balikkan mama aku tapi aku puas. Kau faham maksud aku?"

" faham.. aku tahu hati kau tak lah sekejam mana. Kau orang yang baik. Aku percaya sekarang ni aunty mesti bangga dengan kau."

Damia senyum " rose..?"

Rose yang sedang nak menyuapkan makanan kedalam mulutnya tadi terus tergendala seketika apabila damia memanggilnya.

" kau tahu tak prosuder nak minta cerai kalau macam aku ni yang kahwin bukan dekat malaysia..?"

" haa..?!"

Mereka saling menatap.

Mereka saling menatap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now