BAB 62

122 11 0
                                    

Damia yang sampai sahaja dikereta honda civicnya itu gelabah mencari dimana kuncinya. Mana taknya, kalau hilang maka tamatlah riwayatnya sekali!

" mana pulak kunci kereta ni..?"

Tetiba

" cik... damia..?"

Pusing damia melihat sosok yang memanggilnya, damia mereaksikan wajah yang pelik tapi dalam keadaan senyum.

" ustaz.. syed.. emir..?"

" tak payah nak berustaz, panggil jer emir."

" ouh ya emir, kenapa tu..?"

Syed emir mengeluarkan sesuatu dalam poketnya dan beri kepada damia " kunci awak."

Damia pelik dan ambil kunci daripada tangan emir. Dia jaga ikhtilat yer!

" macammana boleh ada pada emir..?"

" ingat tadi..? Kita berlanggar dan awak dalam keadaan rushing masuk kedalam tanpa melihat wajah siapa yang awak langgar..?"

" masyaallah, emir ke orang tu..? Sorry sangat sangat, saya tak sengaja. Ada luka ke..?"

" ehh tak, saya okey. Cuma tulah, kunci ni ada pada saya. Nasib saya perasaan kalau tidak..?"

" tulah, terima kasih sangat."

" sama sama, ehh tadi soalan tu awak yang tanya kan..?"

Damia sengih " yer saya, kenapa..? Soalan saya terlalu berlebihan ke..?"

" eh tak, okey jer. Saya suka soalan itu. Macammana awak boleh dapat soalan macamtu..?"

Damia ambil nafasnya dan mulai berbicara " saya ni dulu jahil emir, taklah sebaik dan beriman macam awak. Saya pun tak tahu sama ada amalan saya ni terima atau tidak oleh allah ."

" jangan kata bergitu, allah tu maha pemaaf. Sungguh besar mana dosa hamba tu, allah pasti akan mengampuni hambanya jika dia benar benar bertaubat."

" tulah semoga kita semua tergolong dalam syurga allah."

" aamin.."

" ehh saya nak balik ni, dah malam takut pulak ada orang bising."

" siapa bising..? Suami awak..?"

" macamana awak tahu saya dah berkahwin..?"

" saya teka jer, tapi sungguhlah awak dah kahwin..?"

" yer betul, cuma sekarang ni dia busy tu sebab tak dapat join sekali harini."

" faham, semoga awak berbahagia dengan pasangan awak. Kena ingat juga, awak seorang isteri package untuk awak masuk kedalam syurga senang sahaja damia.."

" maksud emir..?"

" yelah, tugas seorang isteri hanya perlu taat dan hormat suami. Itu adalah package untuk ia masuk kedalam syurga."

Damia senyum bahagia mendengar kenyataan itu " okeylah saya balik dulu ya, terima kasih atas sedikit tazkirah tadi. Insyallah saya akan ingat sampai bila bila."

" semoga kita berjumpa lagi."

" insyallah."

Mereka berdua pun bersurai dengan keadaan yang tenang. Damia pula terus masuk kedalam kereta. Mesti nadhir dah bising!

 Mesti nadhir dah bising!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now