BAB 56

127 10 0
                                    

Petangnya, damia dan rose yang sedang sibuk susun atur makanan yang perlu dibawa malam ini kesurau didatangi seorang perempuan secara tiba tiba.

" kak mia..?"

Terus mereka berdua memandang gerangan yang memanggil nama damia. Damia mereaksikan wajah yang menyampah manakala rose pula senyum pelik menandakan siapa pulak ustazah ni.

Siapa lagi, afrinlah!

" apa kau buat dekat sini..? Jumpa laki aku..?"

Afrin senyum dan mendekati mereka berdua " afrin ingat nak tolong apa patut, yelah malam ni kan abang nadhir nak buat tahlil kan..? Pasti dekat sini sibuk uruskan makanan."

Rose mereaksikan wajah tak sangka apabila afrin memanggil nadhir dengan panggilan abang..? Terus rose mendekat dan bisik pada telinga damia.

" seriusly abang nadhir dia panggil..? Dahlah nampak macam gatal semacam aku tengok ustazah ni.."

Pandang rose kearah afrin dengan atas bawah.

Damia sinis dan turut membisik " that why aku cakap, kadang pakain tak mencerminkan diri sendiri."

" fakta!"

Terus mereka berjarak sedikit apabila mengumpat tentang afrin. Afrin senyum memandang damia.

" apa yang afrin boleh tolong kak mia..?"

Damia senyum " mak kiah ke suruh kau datang sini..?"

" err.."

Cuak kau!

" ke sebenarnya kau datang sini sebab nak acah terpaling function dan terpaling nampak baik depan laki aku..?"

Terus rose pandang damia dengan pandangan pelik. Afrin hanya senyum, sikit pun tak koyak.

" sa..saya cuma nak tolong kak mia.."

" heh, memanglah kau nak terpaling nak tolong aku tapi sebenarnya niat kau tak lain tak bukan sebab kau nak cakap pasal  hubungan nadhir dan kau bukan..?"

" tapi kak mia, kak mia sendiri yang.."

" aku tahu, tapi sekarang ni aku tolak dan aku tak izinkan. Jikalau kau berani nak ambik dia daripada aku, kau tahu sendiri apa akibatnya kan..?"

Terkedu afrin. Damia terus mendekat dengan afrin dan membisik ditelinga afrin dengan senyuman psycho.

" kau belum kenal lagi siapa aku, afrin. Langkah mayat aku dulu, kalau kau berani nak ambil dia daripada aku."

Terus mereka saling menatap. Rose yang ditepi hanya melihat sahaja pertelingkahan itu.

Tetiba

" mia..?"

Terus damia pandang gerangan yang memanggilnya. Senyum terus dia dan menjarak dari afrin. Afrin ketika itu, muka sangat pucat!

" ehh mak senah..? Datang hantar mee rebus..?"

Mak senah senyum dan anggukkan kepalanya " haah, tulah tanya nadhir mia mana rupanya sibuk berbual dengan afrin yer..?"

Terus mak senah pandang rose dengan senyuman " kawan daripada kuala lumpur..?"

Terus rose senyum dan menyalami tangan mak senah lalu menatap mak senah " haah, saya rose. Saya kawan mia."

" nama macam ala ala mat salleh yer..? Kalaulah nama mak senah macamtu, rasanya mak senahlah paling hot dekat kampung ni.."

Gelak mereka bertiga dengan lawak mak senah tetapi tidak afrin daripada tadi diam sahaja.

" mak senah pun bolehlah nak nama ala ala mat salleh. Apa kata mia gelar mak senah, puan merryyyyy...!"

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now