BAB 20

153 6 0
                                    

Selepas sahaja mereka berbual, mereka pun ambil keputusan untuk tidur. Damia yang masih lagi berdiri didepan katilnya masih lagi memikir.

Nadhir pula yang baru masuk dalam balik tersenyum melihat kelakuan isterinya.

" kau pikir apa lagi ni..? Tak ngantuk ke...?" Sambil berdiri disebelah damia.

Damia pandang nadhir dengan tatapan kosong " tak, sekarang ni macammana..?"

" macammana apa..?"

Damia mengeluh " macammana sekarang ni saya nak tidur..? Takkan saya nak kena tidur dekat sofa..?"

Nadhir senyum " sebelum ni kau tidur mana..?"

" katil...?"

" okey, tidurlah dekat katil. Apa yang kau cuba nak complicated kan hidup kau ni..?"

Damia mengeluh " memanglah dekat katil, tapi katil mak. Semalam tu pun sebab saya demam dan awak juga demam tapi masa awak demam saya tidur sofa.. jadi sekarang ni saya kena tidur dekat sofa juga ke...?"

" ishh idea baik, haa tidurlah sofa." Sambil berjalan untuk pergi menuju ke katil.

What?!

" sampainya hati awak..."

Aku cekik kang mati jugak mamat ni!

Nadhir tidak melayan kenyataan isterinya. Damia geram terus dia ambil bantal dan pandang nadhir dengan tatapan tajam!

" saya benci awak...!" Terus damia pergi menuju kekatil.

" nanti jadi sayang aku tak tahu eaa... aku cakap awal awal ni..."

Damia letak bantal disofa dan duduk dengan penuh kemarahan. Dipandang wajah nadhir dengan renungan tajam.

" kalau macamni saya pun tak hingin nak sayang lelaki macam awak ni...!"

Terus damia baring mengering dengan menghala kearah sofa bukannya nadhir. Nadhir sinis dan bangun lalu berjalan mendekati isterinya.

" sana sikit..."

Damia pusing dan pandang nadhir pelik " awak nak apa ni.... Awak pergilah tidur dekat tilam yang keras tu... tadi halau orang sangat..!"

Nadhir senyum dan terus baring disebelah isterinya " banyak songeh lah kau ni, memang patut pun aku gelar kau ni burung murai.

Mereka baring sambil menatap satu sama lain. Damia mereaksikan wajah yang sangat terkejut nadhir pula hanya senyum memandang isterinya.

" ba..bangunlah nadhir.. pergilah tidur dekat katil..."

" why...? Kau sendiri cakap nak tidur dekat sofa kan..? Aku okey jer, lagilah aku suka."

" tapi.."

" diam jelah."

Damia menjeling dan pusing kembali kearah masa awal dia baring " sukahatilah... dahlah sempit macamni..."

Geram damia!

Nadhir terus baring mengiring dan peluk pinggang isterinya dengan erat. Damia terkejut beruk.

" awak ni..."

" diamlah, kau sendiri yang buat pilihan, kau kata nak tidur sofa aku ikut jelah. Bukan salah aku, salah kau."

Damia kini kembali menatap suaminya. Mereka saling menatap. Nadhir senyum sampai ketelinga dengan tindakan isterinya.

" cantiknya...."

Damia menjeling dan tatap nadhir penuh serius " saya serius ni nak tanya awak nadhir.."

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now