BAB 24

132 6 0
                                    

Selepas sahaja menguruskan keadaan damia, nadhir mengambil keputusan untuk pergi kerumah afrin.

Mesti ada kena mengena dengan dia!

Nadhir berdiri dihadapan rumah pak imam " assalamualaikum...."

Pintu terbuka luas seusai sahaja nadhir memberi salam. Afrin tersenyum apabila nadhir berada dihadapan rumahnya.

" ehh waalaikumsalam, abang nadhir. Kenapa ni..? Nak cari abah dengan mak ke..? Maaf diaorang tak balik lagi dari masjid.."

Nadhir tidak senyum tapi hanya menatap wajah afrin dengan penuh tatapan tajam.

" kenapa ni abang nadhir...? Kenapa awak tengok saya macamtu sekali..? Saya ada buat salah dengan awak ke..?"

" boleh awak jujur dengan saya afrin..? Kalini jer saya minta, awak jujur dengan saya."

Afrin pelik dan senyum " kenapa awak tanya soalan macamtu...?"

" apa yang awak dah cakap dengan isteri saya sampai isteri saya boleh buat benda yang sedrastik itu..?"

" memangnya apa yang afrin dah buat..?"

" awak jangan nak berdolak dalih, afrinah aisyah..!"

Terdiam afrin apabila nadhir semarah itu dengannya. Siap panggil namanya dengan nama panjang pulak tu!

" sumpah abang, afrin memang tak tahu apa apa.. kenapa abang nak tuduh afrin macamni..?"

Nadhir hanya merenung afrin dengan tatapan yang sangat marah!

Tetiba

" kenapa nadhir, isteri kamu tu dah mati ke..?"

Mak nab yang tiba tiba sahaja muncul dari dalam rumah menyampuk urusan mereka berdua. Katanya dia cuma meneman anak sedaranya berada dirumah.

" jadi mak nab lah dalangnya...?"

Mak nab hanya buat bodoh.

" kenapa mak nab sanggup buat isteri saya macamni yer..? Apa salah dia..?"

" ehh mak nab cakap benda betul nadhir..., mak nab cuma nak pertahankan apa yang dia dah buat pada anak sedara mak nab sendiri, salah ke...?"

Nadhir merenung sahaja wajah mak nab dengan tidak puas hati.

" dia buat anak sedara mak nab menagis, patut ke mak nab diam..? Tak patut kan nadhir..? Kenapa nadhir masih nak pertahankan anak pelacur macam dia tu yang tidak tahu asal usul dia sendiri..?"

Terkedu nadhir bila mak nab cakap macamtu!

" sepatutnya nadhir yang kena disatukan dengan afrin bukan perempuan tu! Perempuan tu dah hancurkan kebahagiaan kamu berdua sendiri..! Kenapa kamu..."

" sudah mak nab...!"

Terdiam mereka berdua bila nadhir marah!

" saya hormat mak nab selama ni, tapi macammi mak nab buat pada saya..? Selama ni, saya masih positifkan isteri saya tentang perangai mak nab sendiri. Sekarang ni saya dah paham kenapa dia bertindak sedemikian."

Afrin hanya diam, dia malu dengan nadhir!

" kalau mak nab nak tahu, yang sepatutnya dipersalahkan adalah saya. Saya yang patut mak nab salahkan, bukan dia! Bukan isteri saya!"

Marah betul nadhir apabila isterinya diperlakukan seperti itu!

" saya yang ajak dia berkahwin mak nab.. kalau ikutkan dia sendiri pun tak mahu berkahwin dengan saya kalau saya sendiri hanya nak gunakan dia sebagai kambing hitam untuk batalkan niat mak saya tu.."

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now