BAB 3

159 6 0
                                    

Selepas sahaja solat magrib, nadhir terus memasuki bilik zalaika untuk melihat keadaanya.

Sambil itu juga dia mahu meminta izin untuk keluar semula kekebun untuk melakukan sedikit kerja seperti yang diperkatakan pagi tadi.

" mak...?"

Zalaika pandang anaknya yang ketika itu baru sahaja usai mengaji. Zalaika senyum memandang anaknya.

" nak keluar lagi ke?"

Nadhir senyum angguk dan duduk mendekati maknya " yer mak, ada benda sikit nak buat dekat kebun. Al maklum, kawasan kebun macamtu kena banyak kali periksa. Takut takut ada benda tak elok pulak yang dibuat anak anak remaja kampung ni."

Zalaika senyum angguk.

" lagi lagi hafizudin tu."

" nadhir? Jangan tuduh anak orang macamtu?"

" tuduh apa mak? Nadhir yakin mak, dia tu selalu keluar masuk kekebun untuk ambil barang terlarang tu. Nasiblah tempat nadhir dia tak berani buat lagi. Kalau dia buat, memang tinggal badan jelah diri dia tu."

Sungguh dia marah!

Zalaika senyum " yelah, mak pun tahu macammana perangai dia. Tapi nadhir janganlah cari pasal dengan dioarang yer? Nadhir tahu hafizudin tu siapa dekat kampung ni?"

Anmar mengeluhh " tahu mak, disebabkan nadhir tahulah nadhir diamkan diri."

" baguslah, tapi katanya dia dengan geng dia sekali nak pindah ke kuala lumpur, tapi tak tahulah bila. Jadi lepasni, kamu tak payahlah risau sangat dengan keadaan kebun kamu tu."

" dia nak pindah kuala lumpur..? Kenapa...?"

" ntahlah, katanya nak bawa pergi masuk rumah pemulihan."

" macamtu jer diaorang setuju..?"

Pelik betul?

" tak tahulah mak, nadir. Dengar cerita macamtulah. Selebihnya mak tak tahu pulak."

" erm okeylah mak, nadhir nak kena gerak ni. Takut balik lewat pula."

Nadhir ingin bangun dan mendekati maknya untuk bersalaman dengan zalaika tapi ia terbantut apabila maknya memanggil nadhir sekali lagi.

" nadhir..?"

" yer mak.?"

Mereka saling pandang dan senyum.

" tadi pergi rumah pak imam, pak imam ada tak?"

" ermm takde mak, dia keluat dengan mak cik kiah pergi pasar."

" jadi macammana makanan tadi?"

" erm afrin kan ada? Jadi nadhir pass jelah dekat afrin. Lagipun memang niat mak untuk beri dia makan kan?"

Zalaika senyum " baik budak afrin tu, cantik pun cantik. Hormat orang. Mak suka dengan budak afrin tu."

" ermmm betullah tu, betuah siapa dapat dia mak."

" ermm kalau macamtu, nadhir?"

Nadhir pelik " dah kenapa dengan nadhir..?"

" nadhir pun rasa macam apa yang mak rasa? Yelah, baik dan cantik, hormat orang tua. Nadhir rasa dia termasuk dalam list calon isteri nadhir tak..?"

Nadhir sinis " ermmm afrin tu baik mak, siapa jer tak suka dengan perangai macamtu. Pakain pun alhamdulillah menutupi semua."

" kena ke dengan cita rasa nadhir?"

Nadhir senyum pelik memandang maknya. Dah kenapa maknya ni pun?

" apa kena mengena dengan nadhir dengan cerita mak ni?"

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now