BAB 34

186 5 1
                                    

Paginya, damia pagi pagi sudah tercegat depan pintu bilik rose. Tak tahu kenapa? Ada benda penting yang ingin dikatakan mungkin.

Damia mengangkat tangannya untuk mengetuk pintu tetapi tindakannya terbatal apabila pintu itu terbuka sendiri tanpa rose yang sudah keluar daripada biliknya.

Rose senyum pelik " kau dah kenapa ni mia..? Dah kenapa tercegat depan bilik aku macamni..?"

" ermm kau nak pergi kerja eaa..?"

Rose senyum angguk " huh yer mia, macam aku cerita dengan kau semalam. Boss aku tu tetiba jer balik. Dah biul kot?"

Damia sinis " syarikat dia, semestinyalah dia balik.."

" nope, aku tak rasa sebab tu."

Damia hanya senyum geleng dengan perangai kawannya itu. Ada ada sahaja!

" ehh kau kenapa ni..? Kau harini nak suruh aku bawak kau pergi kedai kau ke..?"

" ehh takdelah, itu aku sendiri boleh pergi naik teksi ke grab. Kau tak payah nak susahkan diri kau nak hantar aku. Aku tahulah nanti."

" kalau tak sebab tu, kau nak apa..?"

" aku nak minta tolong kau untuk... ermm call papa aku dan bagitahu dia yang aku nak jumpa dengan dia lepasni dekat tempat biasa."

" mia..."

Terkejut plus terharu rose dibuatnya! Finally, dia dengar juga nasihat daripada rose!

" apa...? Kau jangan nak terharu sangat sebab aku ni dengar cakap kau untuk pergi jumpa dengan dia eaaa?"

" elehh, aku tahu sebatu batu dan sekeras keras hati kau tapi ia masih lagi terselit rasa kasih sayang tu."

" dahlah jangan lebih lebih, cakap dengan dia aku nak jumpa dia dalam pukul 10 macamtu. Cakap dengan dia jangan lambat sebab aku nak pergi melawat kedai, sekali nak melawat keadaan myra."

" alright!"

Bahagia rose sekarang!

" ouh lagi satu..." damia lepaskan cincin dijarinya dan beri kepada rose.

Rose pelik " apa benda ni..?"

" kau benggap ke..? Tak tahu ke apa benda ni..?"

Rose mengeluh " takdelah macamtu, maksud aku cincin tu kenapa kau lepaskan..? Itu pemberian dari dia kan..?"

Damia mengeluh " aku tak perlukan benda ni lagi rose.."

" kenapa nak kena seksa diri kau mia..? Kau sayang dia mia, cuma sekarang ni kau marah sahaja dengan dia."

Damia sinis " sayang..? Apa benda tu..? Jangan nak cakap benda yang bukan bukan rose. Kau ambil ni, kau simpankan untuk aku. Kalau kau rasa nak buang, kau buanglah. Kalau kau rasa nak pakai, kau pakai. Aku berikan kepada kau."

" tapi ini.."

" pemberian dari dia, tapi sekarang ni cincin aku punya. Milik aku, aku ada hak sama ada aku nak beri kepada sesiapa pun."

Damia capai tangan rose dan letakkan cincin itu ditapak tangan rose.

" mulai dari harini, aku akan mulakan hidup baru aku tanpa dia. Tanpa cinta dia dan kasih dia. Aku tak perlukan dia dan aku tak perlukan janji manis dia untuk aku terus bangkit kedepan."

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now