BAB 2

202 6 0
                                    

Besoknya, nadhir bersiap siap untuk pergi kekebunnya untuk bekerja. Sebelum ia bergerak, nadhir pergi kebilik zalaika untuk memastikan keadaanya. Tetapi nadhir pelik kenapa tiada?

" mak...?"

Ditutup pintu kembali dan melihat keliling kawasan dalam rumahnya. Kemana pula maknya pergi ni?

" mak...? Mak pergi mana ni...?!"

Tetiba

" mak dekat dapur nadhir..."

" haihh dah agak dah mak aku ni..."

Nadhir terus pergi kedapur untuk mendapatkan maknya. Maknya ini ada sahaja kerja nak dibuatnya.

Sampai sahaja didapur, nadhir terus melihat keadaan zalaika yang sedang sibuk mengurus dapur.

Nadhir mengeluh dan mendekati zalaika " mak...? Apa yang nadhir pesan sebelum ni? Janganlah buat kerja macamni.. kalau mak sakit lagi macam semalam, siapa yang risau..?"

Zalaika senyum " kamu ni nadhir, kamu ingat mak ni sakit tenat sangat ke sampai tak boleh buat itu ini?"

" tapi mak..."

" nadhir...?"

Nadhir diam.

" nadhir jangan risau, selagi kamu bangun dan nampak kalibat mak didalam rumah ni maksudnya mak baik baik sahaja. Kamu jangan risau sangatlah."

" janganlah cakap macamtu..."

" dahlah tak payah nak drama sangat, meh makan. Ehh nanti sebelum kamu pergi ke kebun, kamu singgah rumah pak imam boleh tak?"

Nadhir duduk dan memandang maknya pelik " buat apa datang rumah pak imam?"

Zalaika juga turut duduk sambil mencedok sarapan pagi itu " tolong mak hantarkan sarapan ni, ada lebih ni. Takut tak habis pulak nasi lemak ni. Lagipun afrin suka dengan nasi lemak mak, jadi bagilah afrin makan dengan keluarga dia, boleh?"

Nadhir senyum " boleh mak."

" terima kasih anak mak."

" ehh mak sebelum nadhir terlupa, nadhir nak bagitahu mak yang harini nadhir ada urusan tau dekat kebun tu. Tapi mak jangan risau, nadhir akan gerak lepas solat isyak."

" yelah, kamu pun janganlah tekun sangat bekerja, kesihatan kamu tu pun kena jaga jugak. Penting tu."

" alah mak, nadhir nak cari duit untuk mak jugak. Bukan untuk siapa."

" yelah tu, nanti kalau dah kahwin jangan lebihkan mak jer. Isteri kamu tu pun kena ambil peduli juga."

Nadhir gelak kecil mendengar kenyataan maknya " lambert lagi mak."

" haihh, dahlah jom makan."

" okey jom makan."

Mereka berdua menikmati hidangan sarapan pagi ketika itu

Mereka berdua menikmati hidangan sarapan pagi ketika itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now