BAB 15

137 7 0
                                    

Selepas mengambil masa lima minit untuk sampai kerumah zalaika akhirnya mereka berdua sampai didepan rumahnya.

Tangan nadhir dan damia daripada tadi tidak lepas akhirnya terlerai juga. Damia nak jer lepas, tapi nadhir tu paksa paksa suruh pegang juga!

Tapi damia puas hati dapat sakitkan hati minah kampung yang tak sedar diri tu! Tergedik gedik! Jalan lebih kurang lima minit jer pun, banyak kali ngadu dekat nadhir dengan mak mertuanya sakit kaki lah apalah!

Dah tahu sakit kaki tak payah nak ikut jalan kaki! Aku ni yang orang bandar pun takde pun nak merengek sakit apa bendalah!

" nadhir...?"

" yer mak..?"

" tolong hantar afrin ni balik rumah dia, pergi dengan damia sekali ni."

Damia dah terkedu! Asal aku terbabit sekali ni oi..?!

" mak...? Takpelah, biar jelah nadhir yang pergi sendiri. Lagipun depan sana jer pun kan..? Ataupun macami, afrin boleh jer kan balik sendiri..? Tak jauh pun, dalam lima enam rumah jer dari sini, boleh kan..?"

" ehh tak boleh mia, dah malam ni. Tak elok kalau afrin jalan sorang. Lagi satu, afrin ni dia takut gelap.. itulah sebabnya mak suruh damia teman nadhir, tak elok pulak kalau diaorang pergi berdua kan..?" ujar zalaika

( suara hati )
Damia mengeluh dan menjeling " dah tahu macamtu, beria nak ikut balik jalan kaki kenapa..? Saje nak suruh nadhir hantarlah tu! Dasar ulat bulu!"

Afrin tersenyum ayu, damia yang melihat wajah afrin memancarkan wajah yang menyampah!

" takpelah mak, afrin boleh balik sendiri. Lagipun dekat jer dari sini.. takde..."

" takpe, biar saya hantar awak afrin.. tak elok kalau awak malam malam jalan sorang sorang. Lagipun awak perempuan, apa apa boleh jadi."

Afrin dah tersipu!

Nadhir pandang damia " kau pergi teman mak dekat rumah, aku nak hantar afrin sekejap."

Damia hanya diam! Malas layan, kata tak suka si afrin tapi layan si afrin tu macam seolah olah bagi harapan!

Afrin mendekati zalaika dan menyalaminya " kalau macamtu afrin balik dulu yer mak..?"

" yelah, hati hati. Kamu nadhir jangan nak bukan bukan dengan anak dara orang, ingat isteri kamu ni."

" yelah mak, nadhir pergi dulu."

" yelah."

Mereka berdua pergi daripada situ dengan segera. Damia hanya melihat kepergian mereka dengan wajah tak puas hati.

Zalaika senyum sambil mengeleng kepala " kenapa tak nak teman nadhir hantar afrin..?"

Damia sedar dan senyum " takpelah mak, lagipun mia yakin si afrin nak cakap sesuatu dengan nadhir tu."

Tetiba zalaika usap tangan damia dan senyum " mak minta maaf yer..?"

Damia pelik dan senyum " kenapa minta maaf..?"

Zalaika senyum dan geleng kepalanya " tak salah kita sentiasa minta maaf kepada manusia walaupun orang itu rasa kita takde apa apa salah pun padanya."

" yelah mak, tapi janganlah nak minta maaf dengan mia. Mia rasa macam tak selesa pula. Mia ni sepatutnya kena sentiasa minta maaf dengan mak."

Zalaika senyum.

" okeylah mak jom masuk, mia tak sabar nak tunjuk dekat mak dvd gusti tu! Susah oo mak nak dapat benda tu, mia pusing satu pekan tau tak..?!"

" uishh limitod adison ke mia, bak kata orang putih tu...?"

Damia gelak sepuasnya dan peluk bahu mak mertuanya " bukan limitod adison lah mak... aiyoo yang sebenarnya limited addition..! Aduu mak ni.. kelakarlah. Rasanya mia kena bukak kelas bahasa english untuk mak lah."

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now