BAB 49

203 16 0
                                    

Nadhir yang berada dibiliknya sedang menjawab panggilan daripada sufian. Macam rancak sangat borak tu.

" jangan lupa pa, papa kena ada juga tahlil ni . Yelah, kalau macamtu, nadhir tutup dulu. Jangan lupa juga ajak dioarang jugak datang kesini."

Pesan nadhir.

" alahh pa, pasal tu nanti pandailah nadhir explain. okeh nadhir tutup dulu, assalamualaikum.."

Panggilan mati begitu sahaja. Nadhir senyum seusai habiskan panggilan. Diletakkna telefonnya dimeja kecil dan melulu keluar dari bilik.

Kemana damia pergi, lepas sahaja balik dari masjid subuh tadi terus dia masuk bilik. Sekarang dah pukul sembilan, dia pun tak tahu apa yang isterinya buat.

" sayang..?"

Diam menyepi.

" mana pulak dia pergi ni..? Takkan balik kuala lumpur..? Tanpa izin aku sendiri..? Nak kena dia ni..!"

Terus nadhir keluar melihat keadaan diluar. Tapi dia silap, isterinya tak lari pun. Ada sahaja diluar, ditempat kegemarannya. Berjubah hitam dan bershawl hitam, macam baru balik dari kubur.

Terus nadhir mendekati isterinya dan duduk disebelahnya. Damia yang perasan kehadiran nadhir hanya fokus memandang hadapan dan menghiraukan nadhir.

" baru balik dari melawat kubur mak.?"

" ye."

Nadhir sinis " kenapa tak ajak aku..? Main keluar jer, tadi aku baru nak cop kau balik kuala lumpur tanpa pengetahuan aku."

" kalau saya nak balik kuala lumpur dah lama saya pack barang saya dan balik naik grab sahaja. Lagipun, urusan saya belum selesai kan..? Saya perlu berjumpa dengan ibu bapa perempuan tu, selepas itu awak boleh cop saya lari balik kuala lumpur."

" tentang tu.."

Damia pandang nadhir " awak sayangkan saya nadhir..?"

" gila ke soalan kau ni..? Semestinya aku sayang isteri aku.."

Soalan pun?!

" saya tak suka berkongsi suami."

" sayang.."

" lepas sahaja awak bersama dengan dia, saya nak awak lepaskan saya. Awak kena ingat nadhir, saya bertahan untuk bersama dengan awak pun semuanya adalah sebab parents kita. Saya tak nak mereka berfikir yang perpisahan kita ni adalah asbab orang ketiga."

Nadhir hanya diam.

" selepas awak lepaskan saya, saya akan bawak diri saya sejauh yang mungkin supaya saya tak dapat jumpa awak dengan perempuan tu."

Terus damia bangun dengan perasaan yang bercampur aduk. Marah. Sedih. Semua ada!

" petang ni, cakap dengan buah hati awak yang mana saya akan jumpa dengan mak kiah dan pak imam tentang awak dengan dia. Saya nak majlis ni, berjalan dengan secepat yang mungkin. Kalau boleh secepatnya! Sebab saya tak sabar nak buang title puan dalam diri saya."

Terus damia pergi masuk kedalam rumah. Nadhir mengeluh. Sungguh isterinya bertekad!

 Sungguh isterinya bertekad!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now