BAB 36

161 7 1
                                    

Malamnya, dibalkoni bilik damia sendiri. Damia yang termenung jauh memikirkan cerita papanya pagi tadi sungguh membuatkan dia berfikir daripada balik tadi.

Rose yang tiba tiba masuk melihat keadaan damia yang termenung jauh. Bukan tiba tiba yer, memang dia dah ketuk dan panggil mia tapi tak tahulah apa tah yang dipikirkan tah sampai tidak dengar.

" heeem..!"

Terhenjut seketika damia!

" ishh kau ni, tak reti nak panggil aku leklok ke..? Mahunya aku ni ada sakit jantung, arwah awal dah aku tadi."

Rose sinis dan duduk disebelah kerusi damia " sorry okey, aku dah ketuk dan nyahut nama kau. Kau jer budekk tak dengar."

Damia hanya menjeling.

" macammana..?"

" apa dia..?"

" macammana tadi..? Berjumpa dengan papa kau..? Berjumpa dengan myra..? Okey tak tengok kedai tu..? Semua okey..?"

Damia angkat bahunya " tak tahulah weh, aku tak pergi kedai pun tadi."

Rose pelik " kau tak pergi tadi..? Habistu kau pergi mana jer..? Takkan sepanjang masa dengan bapak kau..? Maksudnya kalau macamtu kau dah okeylah yer dengan bapak kau..? Wahh, alhamdulillah..!"

Damia pandang rose dengan tatapan tajam " aku takde masa nak main mainlah."

" lah..? Betullah, habistu kau kemana lagi kalau bukan pergi jumpa papa kau..?"

Damia mengeluh " memang betul aku jumpa papa aku, tapi bukanlah sepanjang hari. Dia ceritakan semua benda dekat aku, sampaikan aku tak dapat pergi tengok kedai."

" cerita...?"

Damia pandang rose dengan tatapan sayu " kau pernah terpikir tak, perubahan seseorang tu pasti ada sebab dia..? Dia berubah mesti sebab yang membuatkan dia menjadi sekejam itu..?"

Rose sinis " macam kau..?"

Damia pelik " macam aku..?"

" yelah, kau tak ingat dulu..? Sikap baik dan mulia hati kau dengan orang lain membuatkan semua orang suka dengan sikap kau tapi sebab sesuatu perkara kau terus berubah 360 darjah."

Damia tundukkan kepalanya " samalah macam perempuan tu, rose.."

" perempuan tu..?"

" marinah."

" perempuan sewel tu..? Kenapa dengan dia..? Kau jangan cakap yang perempuan tu tadi ada eaa..? Lepastu dia pergi serang kau macamtu jer..?"

Damia sinis " apa kau merepek ni..?"

" takdelah, mana tahu kan..?"

Damia mengeluh " kau pernah bayang tak perempuan sekejam macam dia menyimpam 1001 kesedihan dan dendam dalam diri dia. Dia cuma nak balas balik keperitan yang dia tanggung selama ni sahaja."

Rose masih lagi pelik.

" dia baik rose, cuma disebabkan keadaan yang membuatkan dia memilih untuk menjadi seorang yang kejam."

Mereka saling menatap.

Flashback

Ditanah perkuburan islam, sudah dua minggu kematian sarah dan marinah yang menatap batu nisan sarah dengan penuh tatapan kosong didatangi seorang lelaki.

Marinah yang sedar akan kehadiran itu terus memancarkan bunyi keluhan " kenapa kau datang sini lagi zainal..?"

Zainal mengeluh " aku dengar yang.."

" bukan urusan kau lagi bukan, jadi keluarga kau tak payah nak sibuk lagi pasal kakak aku."

" abang aku tak pernah tinggalkan kak sarah, rinah. Kak sarah tetap isteri dia."

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now