BAB 39

149 8 0
                                    

Malamnya, diruang tamu. Damia yang sedang membelek majalah sambil membuka televisyen tetiba sahaja didatangi rose dari dapur.

" mia..."

" hmmm"

Rose duduk disebelah damia " esok birthday arwah mama kau an..?"

Damia menatap wajah rose dengan pelik. Tergendala mood dia nak baca buku.

" kenapa kau tanya..?"

" takdelah, kalau ikutkan every year kau akan melawat setiap kali birthday arwah mama kau ann..? Jadi esok kau akan pergi..?"

" pergilah, perkara yang wajib aku kena buat setiap tahun kot."

" nice, aku join..?"

" aik..? Tak kerja ke esok..?"

" haihh esok sabtu lah ngok, weekend."

" ye tak ye erkk, aku lupa pulak yang kedai aku cutinya hari ahad jer hihihi sorry. Okey tapi kenapa kau tiba tiba nak ikut..?"

" saje, dah lama tak melawat kubur arwah mama kau. Rindu pulak."

" yelah, terpulang."

Damia kembali membaca majalahnya.

" aku nak tanya kau sesuatu boleh..?"

" apa dia..?"

" heem, kau takde niat ke nak cari suami kau balik..? Bincang hal korang ni..?"

Damia mengeluh dan menatap wajah rose tidak puas hati. Rose terus backup diri.

" ehh aku tanya jelah, kalau tak suka pertanyaan aku tu tak payah ahh tunjuk wajah bengis macamtu."

Damia hanya menjeling.

" aku bukan apa, aku jujur memang aku marah dengan suami kau tu. Bila aku kenang balik, apa yang dia buat pada kau dan anak... korang.. buatkan aku lagi naik geram dengan dia. Tapi macammana pun dia tetap suami kau. Berdosa hukumnya mia, derhaka pada suami."

" ehh aku tak minta untuk jadi isteri derhaka, aku tak mintak untuk perpisahan ni berlaku. Dia sendiri yang buat aku jadi macamni. Aku sedar, aku bukan isteri terbaik, aku sedar aku bukanlah isteri sempurna, tapi tak boleh ke dia terima tak kesempurnaan aku ni..?"

Rose mengeluh " aku tak boleh nak halang keputusan kau. Semua keputusan adalah tetap ditangan kau."

Damia sinis " aku memang tak layak untuk bahagiakan rose..?"

" ehh tak, semua orang layak bahagia."

" tapi kenapa, ujian selalu menimpa aku..? Takde sikit pun kebahagiaan yang allah berikan kepada aku. Allah benci aku ke..?"

" ishh kau ni jangan merepeklah. Kau dengar ni, kebahagian semua orang akan merasai. Cuma antara cepat ataupun lambat sahaja. Kau janganlah nak berfikir allah turunkan ujian ni kepada kau sebab allah benci tapi kenyataannya tidak. Allah turunkan ujian ni sebab dia sayang. Allah pilih kau sebab dia tahu kau kuat. Kau hamba yang kuat."

Damia sinis dan tak semena mena air matanya jatuh " aku rindukan dia rose..."

Rose mengeluh.

" aku rindukan suami aku. Aku rindukan belaian dia. Aku rindukan semua tentang dia. Aku bahagia rose hidup dia. Selama aku jadi isteri dia, tak pernah lagi aku pikir tentang latar belakang sebenar dia, apa yang aku nak. Hanya berada disisi dia sahaja."

Terus damia lap air matanya.

" lebih senang aku nak pahamkan kau, sebenarnya kau dah jatuh cinta dengan dia. Tapi bagi aku tak salah, kau isteri dia. Selayaknya dan harus kau mencintai dia."

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now