BAB 51

179 17 0
                                    

Diwarung mak senah, sesampai sahaja mereka berdua terus mereka menempatkan diri ditempat kosong. Mak senah perasan terus mendekati mereka dengan senyuman.

" nak order apa..?"

" ermm.."

Tak sempat lagi damia nak cakap terus mak senah potong " aa tahu dah, mee rebus kan..?"

Damia senyum angguk.

" nadhir pun sama..?"

" takpelah mak senah, kalini nadhir cuti. Teman damia ni jer katanya teringin nak makan mee rebus mak senah."

" elele nak romantik lah tu..?"

Damia cakap perlahan " dah tahu tak nak makan tu tak payah lah ikut. Mengedik jugak nak ikut."

Nadhir sinis. Dengar jer dia sebenarnya.

" kalini nak lima mangkuk lagi ke mia..?"

" mak senah..?"

" alaa gurau jelah, nak minum air apa ni..?"

" bagi mia air teh o suam."

Mak senah catat " nadhir pun sama..?"

" haah bagi nadhir sama dengan apa yang  air mia order mak senah."

" yelah, kejap mak senah buatkan."

Terus mak senah pergi meninggalkan mereka berdua tetiba.

" ehh afrin..?"

Pandang terus damia tetapi tidak nadhir fokus sahaja dengan kerjanya ditelefon. Dah tahu ada kerja tak payahlah ikut.

" makanan yang mak order tadi dah siap mak senah..?"

" dah, kejap mak senah pergi ambil."

" terima kasih mak senah."

Terus mak senah masuk dan mengambilkan makanan bungkusan afrin. Damia terus mendekati nadhir dan berbicara dengan pelahan.

" tu bakal isteri datang, pergilah sambut dia."

" bendenya kau ni..?"

Terus dia angkat kepalanya dan mereka saling menatap satu sama lain. Afrin terus larikan pandangannya. Nadhir pula hanya diam takde apa perasaan dan pandang telefonnya balik.

Damia pelik " aikk, macamtu jer..?"

" sudahtu, kau nak aku buat apa..? Bentangkan karpet merah untuk dia ke..?"

" kalau awak nak, bentangkan karpet merah untuk dia. Nanti mesti dia terharu nak mampus! Yelah orang yang dia sayang bentangkan karpet merah untuk dia kan..?"

" kau nilah, otak tu macam tak boleh pikir."

" haih yelah maksud saya, kenapa dengan korang dua..? Macam ada masalah jer..? Perempuan tu..? Asal dia tak gedik..? Bukan dia kalau jumpa awak senyum sampai ketelinga ke..?"

" tak tahu. Dia kan introvert. Malu ahh tu tatap bakal suami dia ni. Lagi ada kau, kau ingat dia berani..?"

" heh, tahu pulak takut..? Menggatal dengan laki orang tak takut pulak.? Awak pun sama jer."

" aikk aku kena pulak..?"

Terus dia menjarak sikit dengan nadhir. Damia memandang afrin semula yang baru selesai membuat bayaran dan terus pergi daripada situ.

Nadhir pula mengeluh dalam diam. Tiba tiba sahaja dia teringat akan kes subuh tadi.

Flashback

Nadhir yang baru selesai menunaikan solat subuhnya itu terhenti langkahnya apabila dia melihat depan matanya afrin sedang berdiri diluar pagar masjid.

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now