BAB 13

136 6 0
                                    

Pada waktu petang, kereta myvi baru diberhentikan didepan bustop. Damia yang membuka tali pinggangnya terus mengambil barangnya diset belakang.

Damia senyum memandang rose " okey rose, barang semua aku dah ambil. Terima kasih sebab kau sanggup turun sini demi aku."

Rose senyum " sama sama, lagipun no hal lah. Tapi sekejap, kenapa kau tak nak aku hantar kau sampai depan rumah mak mertua kau..? Dah kau kena jalan jauh untuk sampai kerumah."

" janganlah.. nanti diaorang peliklah. Aku malas nak pikir jawapan apa yang aku perlu bagi. Satu masa nanti aku akan terus terang dengan mereka."

" haih yelah aku paham. Apa yang kau nak buat, aku sokong kau."

" thanks rose.. okey, aku nak kena.."

" kejap..."

Rose ambil barang dibelakang dan beri damia satu phone yang berjenama nokia. Damia menunjukkan wajah yang pelik.

" kau nak aku buat apa dengan handphone kecik ni...?"

" haihh, ambillah. Kalau apa apa, kau call jer aku. Tak payah susah susah guna phone laki kau. Lagipun senang nanti, kalau dah dapat info aku mesej jer kau."

" tapi.."

" kau jangan risau, dalam ni ada sim sekali. Pasal top up kau jangan risau juga, selagi kau duduk sini aku akan tanggung benda tu, okey."

Damia hanya diam.

" ini jer tau aku boleh bantu, aku nak bagi duit kau tak mau. Jadi ini sahaja aku boleh bagi, ambillah."

Damia mengeluh " bukan tu masalahnya, rose... masalahnya mamat kampung tu. Kalau dia tanya aku dapat dari mana phone ni mati lah. Apa aku nak jawab...? Ahh tak nak lah, kau simpan balik.."

Rose mengeluh dan paksa damia ambil dengan terus letak phonenya ditapak tangan damia.

" ambil..! Jangan nak melawan. Aku tahu kau memang memerlukan benda ni. Jadi sekarang ni kau tengah susah, aku kenalah tolong. Sebelum ni, kau yang banyak tolong aku so sekarang biarlah aku tolong kau pulak."

Damia senyum " thanks rose.. apa apa kau update jer dekat aku okey. Kalau boleh jangan call, mesej jer. Takut pula kalau mamat tu dengar."

" okey."

" okeylah aku gerak dulu, kau jaga diri."

" yelah, kau pun sama."

Damia angguk senyum dan membuka pintu kereta untuk keluar. Usai sahaja menutup pintu, rose melambai tangan yang dibalas kembali damia dengan lambaian terus meninggalkan damia seorang diri disitu.

 Usai sahaja menutup pintu, rose melambai tangan yang dibalas kembali damia dengan lambaian terus meninggalkan damia seorang diri disitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.











Dirumah zalaika, zalaika yang sedang mengemas dapur tiba tiba sahaja disergah oleh nadhir yang baru sahaja pulang dari kebun.

" mak..?"

Zalaika pusing dan senyum " ehh, kamu dah balik dah nadhir..? Awal pula balik harini, selalunya selagi azan magrib tak bekumandang selagi tu kamu dekat kebun kan..?"

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now