BAB 1

1.5K 48 5
                                    

RUFQA berlari dengan sekuat tenaga menuju ke destinasinya. File dan handphone yang ada di tangan dipegang kemas.

Dia menilik jam di tangan sudah menunjukkan pukul dua tiga puluh menit petang.

"Mampus aku! Dah lambat nih!" Omel Rufqa. Dia menghiraukan keadaan sekeliling yang sesak dan juga keramaian orang. Orang yang berada di sekeliling memandang Rufqa dengan pandangan yang jengkil dengan sikapnya yang tidak berhati-hati dan hampir melanggar semua orang di kawasan itu.

"ADUH! Aku dah lambat ni...Ya allah macam mana ni?" Berkerut dahi Rufqa membebel pada diri sendiri. Ini lah akibat kalau degil sangat tidak mahu mendengar bunyi alarm, ini lah padahnya.

DEBUK!

Tanpa Rufqa sedar, dia merempuh susuk tubuh seorang lelaki dengan kuat. Habis tercampak segala barang yang dipegang ke awang-awangan.

"Aghh!" Menjerit Rufqa setelah menyedari tubuhnya tidak lama lagi akan mendarat di atas jalan tar.

Malas hendak berfikir panjang, terus Rufqa mencapai baju lelaki yang berada di hadapannya demi menyelamatkan diri.

BRAAAP!

Yes! Dia sendiri cari bala. Tanpa disedari Rufqa telah berpaut kuat pada kain baju lelaki itu sehingga terkoyak.

Kain pun dah terkoyak, apa lagi?

Nasib tidak menyebelahi dia, terus tersungkur lah Rufqa di tengah jalan.

Firash di hadapan Rufqa menilik tubuh sendiri yang telah terdedah dek kerana baju yang sudah terkoyak.

"Habis lah kau Rufqa." Rufqa cemas. Melihat dari reaksi wajah lelaki itu. Terlihat jelas lelaki itu sedang menahan amarah terhadap kesilapan bodohnya itu.

"Ya Allah bala apa pulak aku dapat ni ya Allah..."  Bisik Rufqa jauh di sudut hati.

Cebisan kain baju lelaki itu digenggam erat.

Semua orang yang lalu lalang disitu, tertumpu kepada Rufqa yang sedang terkebil-kebil berdiri dari tempat sungkurnya.

Buntu.

Tubuh Rufqa menggigil ketakutan. Di cuba memberanikan diri untuk menatap mata tajam lelaki yang sudah seperti serigala jadian itu.

"EH PEREMPUAN!" Meraung Firash tanpa rasa segan silu di tengah alam ini.

Terangkat kedua belah bahu Rufqa. Hampir melayang roh di buatnya. Boleh je kot, bercakap elok-elok! Tidak perlulah bertepik telolong macam dia ni pekak tuli pula.

"Tak reti minta maaf ke?" Suara Firash meninggi satu oktaf. Kecil, besar, kecil, besar sahaja Firash melihat perempuan bertudung di hadapannya sekarang. Hendak bangun pun terhegeh-hegeh macam binatang bernama sloth.

"See! Lepastu buang masa aku pulak! Terhegeh-hegeh nak bangun." Pekik Firash lagi.

"Ni sekarang ni baju aku dah koyak, aku nak pergi kerja macam mana!" Jerkah Firash dan memandang Rufqa yang masih kekal membisu tidak bersuara.

"Sa..sa..saya betul betul minta maaf." Ujar Rufqa perlahan.

Kening tebal Firash terjungkil tajam.

Saya Hulur, Aku Sambut. (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang