LUR | 03

214 69 0
                                    

"SAMPAI hati kau bluetick aku!"

Berdentum bunyi daun pintu melanggar dinding rumah bila Maryam bertindak membukanya secara kasar dari luar.

Lily tersentak.

Tabby yang berada di sebelahnya turut terkejut sehingga dia melompat turun dari sofa untuk bersembunyi di dapur.

"Tak boleh ke bagi salam dulu sebelum masuk?

"Not until you tell me the whole story! Sejak bila kau dengan Raqib..." Maryam jeda. Mulutnya bergerak-gerak tanpa suara. Dia tak tahu macam mana nak susun ayat agar Lily faham maksud yang ingin disampaikan.

"Apa? Aku cuma balik dengan dia ajelah." Kerepek pisang disumbat dengan penuh selamba ke dalam mulut.

"That's it! Macam mana kau boleh tiba-tiba balik dengan dia?"

Lily diam. Maryam semakin bengang.

"Lily! Aku tanya kau ni!"

"Kut iya pun, tutuplah pintu tu dulu. Angin masuk, sejuklah." Topik perbualan cuba diubah.

Memang taklah dia nak cakap yang dia tersalah masuk kereta Raqib. Tak pasal-pasal kena gelak tujuh keturunan dengan Maryam. Gadis itu dahlah kuat menyakat.

Maryam tidak mengendahkan kata-kata Lily, sebaliknya pintu rumah dibuka seluas alam. Automatik angin dingin malam menderu masuk. Lily menggigil kesejukan.

"Maryam!"

"Jawab soalan aku dulu, baru aku tutup."

"Tak penting punlah!"

"Penting sebab kau mana pernah tumpang kereta sesiapa sebelum ni selain aku. Lelaki pula tu! And on top of that, he is Raqib! Kau rasa?"

Lily jongket bahunya sambil buat upside down smile.

"Aku rasa okey aje."

Maryam hentak kaki, melampiaskan geram yang membuku di dada. Bukan itu yang dia nak Lily jawab!

"Susah sangat ke kau nak jawab? Aku ni best friend kau, tahu? Sampai hati kau berahsia dengan aku." Maryam mula mengeluarkan 'bunga-bunga' lakonan untuk meraih simpati Lily.

Lily membuat rolling eyes. Menyampah dengan lakonan Maryam. Rasa macam nak debik!

"Yalah, yalah! Nak bagitahulah ni."

Maryam tarik sengih hingga ke telinga. See? Lakonannya tak pernah tak menjadi.

"So? Apa yang jadi?"

Lily tarik nafas panjang. Sumpah, dia rasa berat hati mahu memberitahu perkara sebenar kepada Maryam. Apalah agaknya reaksi gadis itu bila mengetahui yang Lily sebenarnya...

"Aku tersalah masuk kereta dia."

Mata Maryam membulat bersama mulut yang melopong luas.

"You... what?!"

"Ter, okey! Ter!" tekan Lily, tak mahu sahabatnya salah faham.

"Gatal eh kau? Patutlah Tabby pun dah pandai curi boxer orang sekarang. Berkat ajaran kau rupanya," usik Maryam. Sengaja.

Rahang Lily hampir jatuh mendengar tuduhan itu.

"Aku tersalah masuk, bukannya sengaja nak masuk. Lagipun manalah aku tahu itu kereta dia. Betul-betul sebijik macam kau punya!" Lily cuba mempertahankan diri.

Maryam mencebik.

"Manalah aku tahu konon! Apa guna nombor plat dekat kereta tu kalau kau tak reti nak check sebelum masuk? Orang tak beli untuk buat jadi perhiasan aje, tahu?

Lily sengih tak bersalah.

"Aku lupa."

Betul, dia tak tipu.

Lily yakin kereta itu adalah kereta Maryam dan disebabkan itu jugalah, dia lupa untuk memeriksa nombor plat yang terdapat pada badan kereta tersebut.

Tambah lagi, Raqib muncul beberapa minit setelah dia menghantar mesej kepada Maryam. Manalah Lily nak perasan?

"Cakap ajelah kau memang teringin nak balik dengan dia. Tak payah nak tipu cakap lupalah, apalah. Kau fikir aku ni budak kecil ke nak digula-gulakan?"

Lily mengabaikan kata-kata Maryam. Buat-buat tak dengar sambil mata ditumpukan sepenuhnya pada skrin TV.

Lantaklah kalau Maryam nak kata apa-apa pun. Lily malas nak ambil kisah. Benda tak betul. Buat apa nak overreact. Kan?

Sekurang-kurangnya Lily dah bagitahu Maryam benda yang betul. Yang selebihnya, terpulang kepada gadis itu untuk percaya ke tak.

"Tutuplah pintu tu. Sampai bila kau nak biarkan dia terbuka?" ujar Lily bila merasakan Maryam masih belum menutup pintu.

Diam. Langsung tiada balasan diterima daripada Maryam. Suasana hening untuk beberapa minit.

Lily segera berpaling memandang pintu rumah.

Terkejut beruk dia tatkala mendapati kelibat Maryam sudah tiada di situ dengan keadaan pintu rumah yang masih dibiarkan terbuka. Spontan dia memandang tangga menuju tingkat atas.

"Aku suruh tutup pintulah, Maryam!"

"Kau ada tangan dan kaki, kan? Tutuplah sendiri!" laung Maryam, kuat.

Lily mendengus sebal. Dasar kawan tak guna. Macam itu saja Maryam gula-gulakan dia.

Lily Untuk Raqib [OG]Where stories live. Discover now