LUR | 16

117 42 5
                                    

LILY melangkah ke dapur. Niatnya cuma ingin melihat cara Rafuqa frosting cupcake, namun susuk Raqib yang sedang membasuh pinggan di sinki berjaya menghentikan langkahnya di muka pintu dapur.

Lily pegun. Tidak bergerak walau seinci pun.

Lelaki itu baru sahaja balik dari kerjanya, tapi dah masuk dapur, basuh pinggan dan perkakas kek yang lain tanpa disuruh. Dengan seragam juruterbang yang masih tersarung pada tubuh, Lily tertanya-tanya. Tak penat ke lelaki itu? Dia yang tengok pun dah penat.

Ingat senang ke nak bawa kapal terbang? Dengan beratus-ratus nyawa di dalamnya, Lily yakin tugas membawa 'burung besi' itu bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Malah, ia mempunyai tanggungjawab yang besar kerana menuntut komitmen dan disiplin yang tinggi. Tiada ruang untuk melakukan kesilapan ketika di udara. Setiap keputusan yang dibuat ada nyawa yang bergantung kepadanya.

"Ehem! Dah jatuh cinta ke tu?"

Lily tersentak. Seluruh muka terasa berbahang dek usikan Rafiqa. Apatah lagi bila sorotan matanya bertemu dengan Raqib secara tidak sengaja. Buatkan rona di pipi Lily semakin memerah!

"Afi dah siap frosting?" Topik perbualan diubah, tak mahu dirinya kekal sebagai tumpuan.

"Almost. Afi plan nak buat corak bunga untuk cupcake tu, tapi tak reti. Kita kena guna nozzle tip yang mana satu eh, akak?"

"Yang ini, closed star #31. Kita picit aje dan... taada! Dah jadi bunga." Lily paipkan buttercream berwarna kuning di atas cupcake dan sekejap sahaja, ia sudah membentuk sekuntum bunga.

"Wah, senangnya!"

Lily tersenyum.

Memang senang kerana piping bag itu sudah dilengkapi dengan nozzle. Setiap nozzle tip itu pula diwakili oleh pelbagai nombor, jenis dan saiz untuk menghasilkan corak-corak yang berbeza. Jadi, nak lukis apa-apa pun senang. Jimat masa dan tenaga. Picit aje, dah siap.

Lily memberikan ruang kepada Rafiqa untuk melakukan frosting sendiri di atas cupcake yang lain. Dia kalih memandang Raqib yang masih mencuci di sinki.

Kesian pula tengok lelaki itu buat kerja seorang diri. Walhal semua perkakas kek yang sedang dicuci itu adalah milik Lily. Serba-salah dia jadinya.

"Saya tolong."

Raqib terperanjat kecil. Tak sempat dia ingin melarang, Lily sudah berdiri di sebelah, membantu membilas pinggan-pinggan yang telah disabun di bawah pancuran air.

Mujur sinki di rumah itu jenis double bowl, jadi tak perlulah mereka berdua berhimpit di depan sinki yang sama. Pun begitu, Raqib tetap berdebar dek jarak mereka yang agak dekat. Gerak sikit, confirm akan tersentuh bahu.

Suasana antara mereka hening. Hanya bunyi pinggan berlaga dengan sinki dan pancuran air pili kedengaran.

Rafiqa juga senyap kerana terlampau fokus melakukan frosting. Sampai terjelir lidah gadis itu dari tepi.

Tak betah dengan keheningan itu, Raqib segera menyoal, "Lily sihat?"

Lily tertawa halus. Terhibur dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu. Hilang sikit gugupnya apabila berdiri di sebelah Raqib. Aura lelaki itu terlalu membuak-buak. Lily lemas!

"Randomnya soalan awak ni."

Raqib berkerut aneh. Namun hanya sekejap sebelum kerutan tersebut hilang diganti dengan senyuman.

Senyum yang bertamu di bibir Lily ketika ini sungguh manis. Terlalu manis sehingga jantung Raqib berdegup lebih kencang daripada biasa. Buatkan bibirnya turut ingin tersenyum tanpa sebab.

Lily Untuk Raqib [OG]Where stories live. Discover now