NOTIFICATION itu Raqib tenung bagai nak tembus. Sudah dua hari berlalu sejak kejadian dia ter'follow' Lily tanpa sengaja dan hari ini, pemberitahuan yang mengatakan Lily mengikutinya tiba-tiba naik tanpa dia duga.
Nasib baik Raqib masih follow Lily di Instagram. Kalau tak, dah jadi satu hal kena follow back semula. Cukuplah dia uninstall Instagram selama sehari. Tak sanggup Raqib nak hadap malu yang sama untuk kali kedua.
"Qib!"
Raqib angkat muka memandang Aniq. Kelihatan lelaki sebayanya itu sedang menuju ke tepi pantai sambil memegang bola di pinggang.
"Jomlah!"
"Ke mana?" laung Raqib memandangkan jarak antara mereka agak jauh.
"Tepi pantai!"
"Untuk?"
"Beach volleyball match! Pilots lawan stewards! Siapa kalah, kena belanja dinner malam ni!"
"Okey, kejap!"
Raqib bingkas dari duduk. Sempat dia titipkan pesan kepada Lucy agar menjaga telefonnya di atas meja. Kang simpan dalam poket, mahunya pecah kalau terjatuh dan terpijak.
TELEFON bimbit yang berada di atas countertop tiba-tiba berdering, meminta supaya diangkat. Lily lekas menghentikan kerjanya lalu sarung tangan plastik yang dicemari dengan tepung ditarik untuk memudahkannya menjawab panggilan yang masuk.
"Hello?"
"Assalamualaikum, dik. Kek dah siap?"
"Waalaikumussalam. Dah, akak. Akak nak datang ambil sekarang ke?" Sambil bertanya, Lily bergerak ke arah peti untuk mengambil kek yang telah disejukkan.
"Boleh akak tengok kek tu dulu tak?"
"Sekejap, kak." Lily kepit telefon antara bahu dengan telinganya. Lalu, kek puding karamel dikeluarkan dari dalam peti dan beberapa keping gambar diambil untuk dihantar kepada pelanggan tersebut tanpa menamatkan panggilan.
"Saya dah send. Akak dah dapat?"
Hening seketika di hujung talian.
"Cantik! Berapa ringgit, dik?"
"RM45, kak."
"Mahalnya! Tak boleh kurang lagi ke? Kek tu biasa aje ajak tengok. Tak ada apa-apa yang special pun sampai kena bayar RM45 dekat adik."
Lily senyum kelat. Ini bukan kali pertama dia berdepan dengan pelanggan seperti ini. Request macam-macam, tapi bila diberitahu harganya, tahu pula mahal.
"Saya cuma buat apa yang akak request aje, kak. Akak suruh saya letak strawberi banyak-banyak atas kek, jadi saya pun letak. Deco kek pun saya buat macam yang akan nak. Lagipun, saya dah explain tentang caj tambahan untuk deco. Akak sendiri setuju masa tu."
YOU ARE READING
Lily Untuk Raqib [OG]
RomanceRAQIB ISA | LILY HANA "Terima kasih." ㅡ Raqib Isa "Untuk apa? Bukan saya yang jumpa barang awak tu pun. Kucing saya yang curi, tahu?" ㅡ Lily Hana Raqib dan Lily. Mereka berjumpa dan berkenalan buat kali pertama semasa Tabby, si bulus kesayangan Lily...