LILY berjalan menghampiri perhentian bas terdekat. Fokusnya hanya tertumpu sepenuhnya pada skrin telefon di tangan, membaca dan menaip setiap pesanan ringkas yang masuk melalui aplikasi WhatsApp miliknya.
Kebanyakan mesej tersebut adalah daripada pelanggan-pelanggan tetap Lily yang ingin menempah kek homemade daripadanya.
Setelah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, Lily telah mengambil keputusan untuk membuka bisnes kek homemade dari rumah. Segalanya bermula sebagai hobi, namun kini Lily telah berjaya menjadikannya sebagai sumber pendapatannya yang utama.
Rezekinya mengalir tanpa putus. Sentiasa ada meskipun sedikit dan itu sudah lebih dari cukup untuk menampung hidup Lily di bandar.
Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas.
Pukul 5:15 petang.
Lily mencongak seketika di dalam hati.
Tak silap dia, tempat kerja Maryam tak jauh dari sini. Sekarang pun dah pukul lima lebih. Mesti Maryam dalam perjalanan pulang ke rumah. Ada baiknya Lily tumpang gadis itu untuk balik. Tak perlulah dia bazirkan duit untuk naik bas.
Lantas satu pesanan ringkas dihantar kepada Maryam, menyuruh gadis itu agar datang menjemputnya di sini.
Beberapa minit kemudian, bunyi hon kereta kedengaran. Angkat kepala, imej sebuah kereta Honda Civic RS berwarna putih mengapa pandangan.
Lily berkerut. Cepatnya Maryam sampai? Padahal dia baru hantar mesej tadi kurang tiga minit yang lalu.
Ah, lantaklah! Malas Lily nak fikir panjang-panjang! Kira bagus juga Maryam cepat sampai. Tak adalah dia kena tunggu lama-lama di situ.
Lily segera masuk ke dalam kereta tersebut tanpa membuang masa.
"Kau memang ada dekat area ni ke masa aku hantar chat tadi? Cepat gila kau sampai. Kalah Sonic!" seloroh Lily. Tali pinggang keledar ditarik tanpa melihat wajah si pemandu.
'Maryam' hanya diam membisu.
Lily yang kepelikan langsung menoleh ke kanan dan alangkah terkejutnya dia bila mendapati bukan Maryam yang berada di situ, tapi Raqib!
"Aaarghhh!"
Bahu Raqib terhinjut. Dia juga sebenarnya terkejut bila gadis itu memasuki keretanya tanpa salam. Mati-mati dia ingat dia hampir kena rompak tadi.
"Chill. Ini saya, Raqib. Tak ingat?"
"Ingat, tapi.... mana Maryam?" Seatbelt yang membelit tubuh dipegang kuat bersama belakang badan melekap sepenuhnya pada pintu kereta. Muka Lily pucat.
Raqib angkat bahu.
"Saya tak tahu pula kalau kawan awak kena naik kereta saya."
Lily terkedu. Air liur yang ditelan terasa kelat menuruni rengkung.
"Ke... kereta awak?"
Raqib angguk. Sekali.
Lily pantas menekup mulutnya dengan tangan. Seakan tak percaya dia telah melakukan perkara yang paling memalukan dalam hidupnya saat ini!
YOU ARE READING
Lily Untuk Raqib [OG]
RomansaRAQIB ISA | LILY HANA "Terima kasih." ㅡ Raqib Isa "Untuk apa? Bukan saya yang jumpa barang awak tu pun. Kucing saya yang curi, tahu?" ㅡ Lily Hana Raqib dan Lily. Mereka berjumpa dan berkenalan buat kali pertama semasa Tabby, si bulus kesayangan Lily...