LUR | 15

119 45 5
                                    

JARI-JEMARI Alvin mengetuk permukaan meja untuk menghilangkan bosan. Dari tadi dia sabar menunggu kelibat Vince untuk muncul, tetapi sudah 40 minit berlalu dan sampai sekarang, batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan di mana-mana.

Sedangkan dia bagi tugas yang mudah tapi nampak gayanya, Vince macam sengaja buat dia tertunggu-tunggu. Tak tahukah lelaki itu yang kesabaran Alvin hanya senipis kulit bawang?

Alvin bersandar pada kerusi. Kedua-dua belah tangan dilipat ke dada, gaya memeluk tubuh. Mata mencerlung ke arah figura yang baru tiba di depannya bersama muka tanpa riak.

"Kau lambat."

Vince tarik sengih tak bersalah.

"Maaf, bos. Ada delay sikit tadi."

"Apa-apa ajelah. Benda yang aku minta mana?"

"Ini dia, bos." Sehelai kertas putih diberikan kepada Alvin. Di atas helaian tersebut telah tercatat maklumat-maklumat yang ketuanya mahukan.

Alvin mengamatinya dengan penuh teliti. Seketika kemudian, kepala terangguk kecil, tanda berpuas hati dengan hasil kerja Vince. Orang kanannya itu jarang tidak mengecewakan.

"Tapi, bos... saya nak tanya sikit, boleh?"

"Apa?" Alvin masih memandang kertas di tangan.

"Kenapa bos minta saya siasat tarikh lahir budak-budak kita? Bos nak sambut birthday kita orang ke?"

"Kenapa? Tak boleh?" soal Alvin semula.

"Tak adalah saya cakap macam tu, bos. Tapi peliklah kalau gangster macam kita sambut birthday. Free free aje kena gelak nanti. Lagipun, semua dah tua bangka. Macam tak ada function aje kalau buat semua tu." Vince menyuarakan pendapatnya tanpa teragak-agak.

Bukan dia sahaja, tetapi budak-budak lain juga pelik apabila disuruh berbuat demikian. Sampaikan ada yang tak percaya Alvin menyuruh Vince melakukan perkara seperti itu!

"Jadi, kau nak kata aku ni tualah?" Sorotan mata Alvin bertukar tajam.

"Eh! Mana ada! Bos forever young! Kita orang aje yang tua, bos tak." Cepat-cepat Vince membetulkan ayatnya tatkala melihat Alvin sudah bertukar berang.

Dia lupa Alvin paling sensitif apabila isu umur dibangkitkan. Maklumlah, lelaki itu sudah masuk lewat 30an. Beberapa tahun lagi akan mencecah cecah 40. Kan dah tua tu? Oops!

"Nasib kau baik sebab aku tak nak bunuh orang malam ni. Dah! Blah sana."

Vince akur. Dia tunduk 90 darjah kepada ketuanya sebelum beredar. Nafas lega dihembus senyap-senyap tanpa pengetahuan Alvin.

Mujur dia cepat cover tadi. Kalau tidak? Mampus!








RAQIB menapak mendekati meja yang terletak di tepi tingkap. Punggung dihenyak pada kerusi dan dia duduk di situ sambil menyilang kaki. Suasana kafe pada petang itu agak tenang dengan permandangan senja di luar sana yang begitu menawan.

Telefon bimbit di atas meja dicapai. Seperti biasa, dia kena ambil gambar langit. Lagi-lagi pada waktu senja seperti sekarang. Keindahannya tak terkata.

Raqib paling suka bila warna langit bertukar oren kekuningan atau merah keunguan kerana baginya, warna seperti itu sungguh mempesonakan. Buatkan dia kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.

"Your salted iced caramel chocolate is here." Seorang pelayan datang meletakkan segelas minuman di depan Raqib.

"Thank you," ucapnya dan pelayan wanita itu membalas dengan anggukan kecil.

Lily Untuk Raqib [OG]Where stories live. Discover now