LUR | 10

137 49 1
                                    

BERLARI-LARI Puan Zaharah ke muka pintu tatkala kereta Honda Civic RS milik Raqib masuk ke halaman rumah. Tudung disarung dengan penuh kalut ke kepala.

Rafiqa yang sedang menonton televisyen di sofa ruang tamu sedikit keliru melihat tingkah kelam-kabut ibunya. Ada orang datang rumah ke? Tapi bunyi kereta macam along dia punya aje.

Pintu dibuka. Muncul seraut wajah Hanis bersama Raqib di sisi. Rafiqa yang melihatnya terus melompat turun dari sofa.

"Kak Hanis!"

Tubuh Hanis diterpa dan dipeluk kemas oleh Rafiqa. Hanis hanya tertawa kecil sambil membalas mesra pelukan itu.

"Makin tinggi Afi sekarang eh?"

Rafiqa hanya tersengih. Gila tak tinggi kalau hari-hari Puan Zaharah paksa anak-anaknya makan sayur dari kecil sampai besar? Muak, tapi tak ada siapa boleh lawan arahan puan besar. Nanti tak pasal-pasal kena halau keluar dari rumah. Seram!

"Jomlah masuk. Kita berborak dekat dalam. Tak elok duduk dekat luar masa maghrib ni."

Rafiqa segera memaut bahu Hanis untuk masuk ke dalam rumah. Mereka duduk di atas sofa sambil berbual kecil sementara Puan Zaharah sudah mencubit lengan Raqib penuh geram.

Lelaki itu terpaksa ketap bibir bersama muka yang berkerut menahan sakit. Cubitan uminya itu berbisa sungguh!

"Suka kan bagi umi surprise last minute? Nasib baik umi sempat kemas bilik tetamu. Kalau tak? Ini!" Puan Zaharah angkat penumbuk.

Spontan kepala Raqib terundur sedikit ke belakang. Kaget dengan tindakan si ibu yang tidak disangka-sangka itu.

"Maaflah, umi. Along pun baru tahu Hanis nak balik hari ni lepas baca chat dia petang tadi. Nak bagitahu umi, umi tengah tidur. Jadi orang tak naklah kacau umi," beritahu Raqib, cukup untuk didengari oleh mereka berdua sahaja. Bagasi Hanis diangkat untuk masuk ke dalam rumah sebelum pintu ditutup.

Puan Zaharah terpaksa menyimpan marah dalam hati. Dia tahu Raqib tak bersalah sepenuhnya dalam hal ini, tapi tipulah kalau dia cakap dia tak terkejut apabila mendapat tahu Hanis bakal menumpang di rumah ini.

Setahunya, gadis itu sedang melanjutkan pelajaran di Mesir. Jadi apa tujuan Hanis pulang ke Malaysia? Sebab dah habis belajar?

Pelik.

Kenapa ibu bapanya tak ikut sekali?

Malas mahu menyesakkan kepala dengan persoalan-persoalan itu, Puan Zaharah lantas mengambil duduk di sebelah Hanis. Serta-merta perbualan gadis itu bersama Rafiqa terhenti.

"Bonda dan abi Hanis sihat?"

"Alhamdulillah sihat. Dia orang ada kirim salam dekat umi dan family. InsyaAllah bulan depan bonda dan abi balik kalau tak ada aral."

"Waalaikumussalam. Oh, jadi sebab itu Hanis nak tinggal dekat sini sementara tunggu bonda dan abi balik? Selama sebulan?" tanya Puan Zaharah, inginkan kepastian.

"Kak Hanis nak tinggal dekat sini?!" Rafiqa terkejut. Tetapi separuh hatinya teruja mendengar berita itu. Nanti senanglah dia nak bergosip dan rant pasal buku dengan Hanis. Dengan Puan Zaharah tak feel sangat.

"Kalau itu pun umi tak keberatan. Tapi Hanis faham kalau umi tak bagi. Nanti Hanis cuba cari hotel terdekat. Umi, Afi dan Isa kena janji, jangan bagitahu bonda dan abi pasal ni. Kalau tak, masak Hanis kena bebel nanti."

Puan Zaharah berpandangan dengan anak lelakinya. Lama, seolah-olah meminta pendapat Raqib melalui isyarat mata.

Raqib garu hujung kening yang tak gatal. Haih, orang tanya dia, dia tanya kita pula. Bila nak selesai kalau macam ni?

Lily Untuk Raqib [OG]Where stories live. Discover now