HEZRIQ POV~
Aku berjalan dan masuk ke dalam kelas yang akan aku ajar. Aku dari universiti Johor dipaksa pindah oleh ibunda tercinta aku ke Kuala Lumpur. Katanya Johor tu jauh sangat dari KL. Bukan dia yang melawat aku selalu, aku yang kalah boleh lawat dia. Tapi bagus juga. Tak de lah aku kena ulang-alik kan?
Semua mata memandang aku. Dah kenapa? Tak pernah nampak lelaki kacak ke? Aku tau lah aku ni ibarat putera raja tak payahlah kot nak pandang aku ni sampai terkeluar biji mata tu. Tak payah nak lebih sangat geli aku dengan perempuan macam tu.
Lagi satu aku kena pindah sini sebab seseorang..
"Selamat tengahari semua. Saya lecturer baru korang. Saya menggantikan air Luqman korang. Nama saya Hezriq Farrel. You guys can call me sir Hez or sir Farrel. Nice to meet you guys" kata ku sopan sambil memberi senyuman maut. Ceh geli pulak dengar.
"Sir sir!" Seorang perempuan angkat tangannya sambil memanggil aku.
"Ya?"
"Umur Sir berapa?" Pertanyaan nya mengundang senyum ku.
"29 tahun"
Semua terkejut. "29? Kenapa tak nampak macam 29 pun? Sir tipu kami ya?" Pelajar lelaki pula.
"Betul. 29 tahun. Dan masih tidak berpunya." Kata-kata ku lagi membuat mereka terkejut.
"Yang benarlah Sir" kata pelajar perempuan berbaju t-shirt longgar merah dan seluar slack itu.
"Iya" aku ketawa sedikit. Comel betul reaksi pelajar-pelajar aku yang baru ni. Tapi kenapa dia diam je dari tadi?
Pandangan ku terus tertumpu kepada pelajar perempuan yang dari tadi mendiamkan diri. Pelajar perempuan itu cantik. Ber blaus hitam panjang dan rambut sanggul. Nampak elegan.
"Kamu ada apa-apa nak tanya?" Tanya ku pada si dia.
"... Tak.. takde" jawabnya singkat.
"Sir jangan ambil hati sangat dengan Dell ni. Dia memang macam ni." Kata kawannya.
"Okay! How about you guys introduce yourself to me? I want to know all of my new student." Kata ku dan beri ruang untuk pelajar mengenalkan diri mereka.
"Saya dulu!" Kata seorang pelajar perempuan.
"Nama saya Nayla Nasuha binti Umardi. Ni disebelah saya nama dia Tengku Sahara Delisha binti Tengku Adnan Darwisy" kata pelajar yang bernama Nayla itu.
* * *
Di dalam bilik aku, aku masih di universiti ya jangan ingat aku dah kat rumah pulak. Aku masih di universiti ini dan sedang duduk lepak didalam bilik khas aku.
Tiba-tiba aku dapat mesej dari ibunda tercinta aku.
"Hez, balik sekarang. Sekarang"—ibuku
"Kenapa pula ni? Lepas ni Hez ada kelas lah ibu"—aku
"Tak kira. Balik sekarang. Se. Ka. Rang"—ibu
Dan ibu pun offline aku mengeluh dan kemas barang ku. Aku pun tergesa-gesa keluar hinggakan, aku pun tak tahulah. Macam mana aku boleh terlanggar budak. Tapi memang patut pun. Pendek nak mampus.
"Alamak Sir.. maaf. Saya tak sengaja" terang pelajar itu.
Bila aku tilik mukanya itu. Baru aku perasan yang itu Sahara. Murid aku. Aku buat muka beku dan angguk lalu beredar dari situ.
Sampai saja aku ke rumah agam keluarga ku, aku masuk dan memberi salam.
"Assalamualaikum! Ibu?" Aku masuk dan jengah kot-kot ibu ada kat dapur ke ruang tamu ke. Siapa tahu?
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...