. SAHARA .
"Sahara... Please" Airil pegang tangan aku dan genggam.
Aku tarik tangan aku. Aku pandang puan Maryam. Sungguh, aku sangka dia lah ibu kandung aku. Rupanya, aku dibodohkan.
"Yang keluarga bangsawan tu?" Tanya aku.
"Tu pun betul. Kau memang dari keturunan bangsawan"
"Sudah sudah!" Sampuk puan Maryam. Aku pandang dia dengan tatapan mata yang tajam. "Aku! Aku yang kahwin dulu.. aku! Yang beranak dulu! Tapi... Satu sen pun! Aku tak dapat... Apa masalah bapak kau huh?!" Tengking dia.
"Sekarang aku dah tahu. Kenapa bapak aku tak beri aku satu sen pun!" Tengking aku pula. Tiada lagi bahasa sopan untuk manusia biadap. "Sebab kau tamak!" Sambung aku.
"Tamak?" Puan Maryam ketawa, "Aku tamak? Betullah tu, aku kahwin dengan bapak tak guna kau tu pun, sebab harta. Well, sudah tentu aku gunakan Danisha" dia kembali ketawa seperti aku ni tengah buat lawak antarabangsa.
"Gunakan Danisha?"
"Ya!" Dia kemudian senyum. "Ya. Dia bukannya anak Adnan pun. Dia anak haram. Anak aku dengan jantan lain. Dan.. aku pula pernah tidur dengan bapak kau.. jadi aku gunakan opportunity ni. Pandai tak?" Makin lebar senyuman yang dia berikan.
Jadi selama ni, bapak aku hanya digunakan? Oleh manusia tak berhati perut ni? Papa.. kenapa papa bodoh sangat percaya dia?
"Tapi tak sangka" aku kembali ke alam nyata bila puan Maryam sambung kata-katanya. "Yang bapak kau tu" kini dia betul-betul dihadapan aku. "Bodoh" perlahan saja ucapannya, tapi aku mampu dengar dengan jelas.
Merah padam muka aku bila dia berkata yang ayah aku bodoh. Suka hati dia saja nak panggil macam tu.
"Tapi tak tahu lah.. sama ada dia tu betul-betul bodoh atau.. aku ni terlalu licik untuk semua orang prasangka dekat aku" sambunh dia ketawa. Nyaring sungguh ketawanya. Macam mana lah si Airil boleh jadi anak angkat wanita gila ni.
Aku yang sedari tadi hanya dia terus mencapai surat yang sepatutnya aku tanda tangan itu. Aku ambil pen dan berjalan ke arah meja solek aku yang ditutup dengan kain putih.
Aku tarik kain putih itu dan campak ke arah lain. Aku duduk di kerusi meja solek dan berhadapan dengan mereka.
Aku membelek-belek kertas itu dan memandang dia. "Hm, aku kena tanda tangan bukan?" Tanya aku minta kepastian.
Puan Maryam senyum dan angguk. Sungguh benar, dia sebenarnya licik orangnya. Dengan senyuman saja, aku tertipu. Sungguh bertopengkan malaikat.
Aku dengan drastik koyakkan kertas tu dan renyuk kan dan campak ke mukanya. Aku senyum mengejek.
"Aku.. tak akan, tanda tangan dan beri aset-aset keluarga aku, pada manusia tamak! Macam kau. Tak akan pernah." Aku senyum melihat wajah mereka. Mulut Airil terlopong dan mata wanita tua itu pula hampir terjojol.
Dia mara ingin memukul aku atau lebih tepat, ingin bunuh aku tapi dengan cepat tangan aku angkat ke atas. Semerta lah langkah dia terhenti.
"Sebelum kau apa-apa kan aku, aku nak cakap. Dengan tanda tangan dan surat ni, kau tak akan boleh buka dan ambil aset-aset tu semua. Palingan, kau hanya akan dapat satu pintu saja" kata aku ketawa sinis.
"Total pintu kesemuanya.. hm.. kira-kira lima? Entah. Aku tak pernah pula pergi" aku senget kan kepala sedikit dan senyum.
Habis pucat semua muka mereka. Puas hati aku. Papa pun satu, bukannya nak cerita dekat aku sebelum mampus. Aku mengeluh.
"Sekarang kau nak ugut aku?!"
"Ugut? Aku ugut kau eh? Aku rasa aku cakap je, cakap yang kau tak boleh apa-apa kan aku atau kau tak akan dapat pun aset-aset tu semua" senyuman aku semakin lebar.
"Sahara.."
"Kau diam" balas aku. Mata aku tajam menikamnya.
"Sebab kau dan penipuan kau.. aku jadi macam ni. Aku tak kenal pun kau orang! Tapi! Dengan kata-kata kau orang lah! Aku hampir ditipu! Hidup-hidup!" Tengking aku.
"Itu sebab kau bodoh" sambung puan Maryam.
"Bodoh? Kau sedar tak? Kau gunakan bapak aku, kau bukannya dari keturunan bangsawan, ataupun anak haram kau tu" kata aku pedas.
"Biadap!" Dia mara ingin menampar aku.
"Ha! Tampar! Kau tampar aku, atau buat benda yang mengancam nyawa aku! Kau tak akan dapat" kata aku. Mata aku galak memandangnya.
Automatik tangannya kembali turun membuatkan aku tersenyum mengejek.
"Huh, tak sangka. Harta tu benar-benar penting untuk kau. Betul-betul mata duitan ni" kata aku dan pandang Airil yang hanya berdiri tegak. "Aku tak tahulah.. macam mana lelaki yang macam Airil tu boleh jadi anak angkat kau" kata aku dan kembali memandang puan Maryam.
"He deserves someone better, better than you of course"
"Sahara.." Airil memanggil aku dan aku mengangkat tangan menyuruh dia untuk diam.
"Diam.. aku tak cakap dengan kau" serta-merta dia diam membatu.
"Kau orang memperbodohkan orang yang salah. Kau orang tak tahu siapa aku. You can think that I'm just a girl, weak and pathetic but you are all wrong. I'm not weak and pathetic like you guys think. I'm not coward. The one who is coward is you" jari telunjuk aku menghala ke arah puan Maryam. "Yang ambil harta orang dan bukan harta sendiri.
"Kau sengkek sangat ke sampai nak ambil harta orang? Yelah tu kot, kalau tak, tak adanya kau mengandung kan anak orang dan claim yang budak tu anak bapak aku. Mana maruah kau sebagai perempuan? Aku tak ngaku kau ni sebahagian daripada kaum wanita di dunia. Buat malu kaum." Kata aku pedas. Diam mereka berdua membatu dengan kata-kata pedas aku. "Pathetic" kini aku pula yang ketawa besar.
"Aku. Tengku Sahara Delisha binti Tengku Adnan Darwisy. Darah Tengku Adnan mengalir dalam arteri aku. Kebijaksanaannya aku yang warisi." Sambung aku.
"Aku! Anak kepada Mary Anne. Kelembutan dan sifat penyayang dia aku warisi, dan aku.. cucu tunggal puan Sri Dewi nenda tercinta aku. Sifat penyabar dan ketegasan dia aku warisi. Dan aku! Tak akan sewenang-wenangnya! Beri semua harta aku! Kepada manusia seperti kau!"
Mereka diam membatu. Aku tak sangka yang aku akan berkata seperti itu. Tetiba rasa bangga sekejap.
Lihat muka cuak mereka, hanya membuatkan aku rasa puas hati. Aku tak faham lah manusia zaman sekarang, semua berebut nak kan harta. Walaupun mereka tau yang harta-harta itu semua bukan hak mereka tapi masih nak rebut. Harta tak boleh bawa mati lah.
Aku mendengus. "Aku memang tak faham.. apa yang kau tamakkan sangat harta tu semua?" Kini suara aku kian perlahan. Penat sebenarnya nak cakap tengking tengking ni. Membazir air liur.
"Kau tak akan faham" balas puan Maryam.
"Then make me understand why it's very important to you. Aku ada hak untuk tahu apa yang kau orang nak buat pada harta aku. Salah?" Kata-kata puan Maryam hanya buatkan aku semakin bengang. Jawab saja lah. Apa yang susah sangat?
"Airil. Mari keluar, tak ada guna cakap dengan dia" katanya tiba-tiba.
Kening aku terangkat, tak nak pula jawab soalan aku. Aku pandang Airil dan Airil dengan sedihnya dia keluar dan kunci pintu bilik aku.
Aku merengus kecil dan hempaskan badan aku ke atas katil. Letih lah kalau macam ni hari-hari.
Pendek i know. Sorry for late update. Busy la u. Vote tau! Maceh
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...