Hezriq POV~
Aku dibalik pintu bilik Sahara, aku tak tahu apa yang berada di dalam fikirannya sekarang. Dia nampak kusut dan penat. Aku boleh nampak dalam matanya. Aku bersandar di balik pintu itu dan hanya meneliti setiap pergerakannya.
Kesian aku tengok dia. Dia tak tahu apa-apa pun. Patutkah aku beritahu saja yang sebenarnya? Aku serba-salah. Dia tak patut diperbodohkan macam ni.
"Ingat Hezriq. Apa pun yang terjadi, jangan sesekali kamu beritahu Dell tentang perkara sebenar. Nenda tak nak dia sedih bila tahu yang sebenar" kata Puan Sri Dewi kepada aku.
Aku sekarang berada di dalam pejabatnya, bincangkan sesuatu. Dan inilah sesuatu itu. Aku pandang tepat wajah wanita separuh umur itu. Nampak kusut dan stres. Aku tahu dia nak yang terbaik buat Sahara, tapi ini bukan caranya.
"Tapi, tak ke kalau Sahara tahu benda ni dengan sendirinya, dia akan bertambah sedih?" Tanya aku. Ya, pasti Sahara akan sedih sangat kalau dia dapat tahu perkara yang sebenar.
"Sebab tu nenda beri tugasan ini kepada kamu Hez. Kamu saja yang nenda percaya sekarang. Nenda dah tak ada sesiapa yang boleh nenda harapkan."
"Termasuk Tengku Adnan?"
Puan Sri Dewi menganggukkan kepalanya. "Ya. Termasuklah anak dan menantu nenda" aku angguk dan mengeluh.
"Tapi nenda—"
"Tak ada tapi tapi lagi Hezriq Farrel. This is an order and i need you to follow my order. Please for my granddaughter side..." Rayu nya pula.
"Nenda, kalau dia dapat tahu, apa yang patut Hez buat? Kalau dia tahu, makin senang kerja mereka." Benar. Andai kata sahara akhirnya tahu tentang pelan ni, kemungkinan besar yang dia akan mudah percaya pada pihak musuh yang kami sebenarnya jahat, walhal kami hanya mahu dia selamat.
Puan Sri Dewi merenung seketika. Dia tatap wajah aku dengan tatapan kosong. Dia mengeluh. "Well.. nenda dah amanahkan seseorang untuk menjaga aset-aset tu. Dia hanya ada barang but the key, hanya Dell sahaja yang boleh buka" terangnya.
"Dan siapa?"
"Saya" seorang wanita mencelah. Dia mendekati kami dan berdiri disebelah nenda. Dia senyum, dengan senyuman licik di bibir.
"Siapa kau?"
Dia senyum dan hulurkan tangan. "Zee, you can call me Zee. You don't need my real name cause I won't tell you" katanya dengan senyuman liciknya itu.
Aku pandang nenda dan dia angguk. Aku merengus kasar dan capai tangan itu.
"Kamu boleh panggil dia Zee. Zee he is your partner from now on. Please be nice with him and don't making trouble" kata Puan Sri Dewi penuh dengan amaran. Tapi wanita itu hanya ketawa kecil.
"Nenda dont worry. I'm not kid anymore. By the way, i take this mission is freaking serious. So you need to be professional. I won't be tolerated with you" kata Zee berbaur amaran.
"Same as me. Nenda. Kalau dah tak ada apa-apa lagi. Hez minta diri dulu. Assalamualaikum" aku ber salam dan terus berjalan keluar dari bilik itu. Entah kenapa, rasa ragu-ragu menyerang hati bila aku lihat wanita itu.
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...