SAHARA POV~
Kami sekarang di lapangan terbang, aku dan Hezriq cadang untuk hantar kakak Zahara ke lapangan terbang. Mana tahu ni ialah kali terakhir aku akan berjumpa dengan dia. Walaupun baru jumpa, aku dah selesa dengan dia. Dia ramah sangat dengan aku.
"Bye-bye korang. Nanti kalau ada masa I visit you all again okay? But i need to go because I have plenty work to do at KL. Or if you guys free, you guys can visit me there." Kata kak Zahara bersama senyuman.
"Sudah tentu! Nanti Ara dengan Hez lawat kakak dekat KL. Lagipun Ara dah lama tak balik KL. Rindu pula. Yelah kan, tanah air. Lahir kat sana membesar kat sana. Siapa je tak rindu? Nanti kalau free Ara dan Hez lawat kakak. Don't worry" aku senyum dengan lebar.
"Okaylah, waktu flight pun dah nak dekat, kakak gerak dulu lah ya? Jangan lupa lawat kakak kat sana! Bye!" Zahara pun menjauh dari kami dan kami melambai-lambai tangan. Aku pusing ke arah Hezriq dan jeling dia.
"Dah! Jom balik!" Aku jalan dan tinggalkan dia seorang diri di belakang. Hezriq terkebil-kebil bila lihat mood aku tiba-tiba bertukar.
* * *
HEZRIQ POV~
Aku masuk ke dalam kereta, aku pandang Sahara semacam. Apa pasal pulak tiba-tiba minah ni marah kan aku? Aku buat apa? Aku pakai seatbelt dan mula kan perjalanan.
Sepanjang perjalanan kami balik ke rumah, Sahara lebih banyak mendiamkan diri. Dah macam bukan dia. Apa yang dah berlaku ni? Selalunya ada saja benda dan topik yang dia nak bualkan.
"Kau okay tak ni? Diam je dari tadi. Lapar ke? Kalau lapar kita singgah mana-mana restoran, makan dulu." Kata aku lihat dia dan kembali fokus ke jalan raya.
"Tak."
"Betul ni?" Tanya aku minta kepastian.
"Betullah. Bising betullah. Pandu je, karang kalau kemalangan salah kan saya pula. Dah lah diam." Marah dia balik. Apa pula salah aku ni..?
Kamu sampai di rumah dan Sahara masuk ke dalam sambil menghentak kaki. Apa pula yang tak kena ni? Aduh perempuan memang suka moody tiba-tiba eh? Mood bertukar macam tukar baju.
"Sahara. Sahara tunggu." Aku pegang tangannya. "Apa kata kau bagi tahu aku apa salah aku? Tell me. Aku ada buat salah ke?"
Dia jeling aku dan rentap kasar tangannya. "Awak boleh tanya apa salah awak? Huh?" Dia ketap giginya dan nafasnya turun naik. Marah betul minah ni.
"Ya walau apapun salah aku, aku minta maaf. Tapi bagi tahu apa salahnya. May be I can fix it, tell me okay babygirl? Everything." Aku genggam lengannya sambil ibu jari aku menggosok lengannya.
"Saya nak balik. Saya tak nak duduk sini lagi. Saya bosan. Saya nak masuk kelas. Saya study pun tak habis lagi. Bagi lah saya habis belajar. Saya rindu kawan-kawan saya. I don't even know where is my family's grave! So please... Let's go back to Malaysia. That's my home. Not Italy." Katanya sedikit kasar.
Aku mengeluh sedikit. "Alright.. but not now okay? May be later"
"When? When Hezriq. Until i die huh?" Katanya tak puas hati. Aku kaup rambut aku ke belakang. Dia rentap kasar lengannya dan masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...