Third Person
Zach ke hulu ke hilir menenangkan hatinya yang gelisah itu. Dia pun tak tahu kenapa dia rasa gelisah semacam. Dia rasa takut, perasaan takut itu menghantui hidupnya sekian lama. Dia semakin takut apabila dia dapat rasa yang Danisha akan tinggalkan dia? Dia tak pasti apa yang ada dalam fikiran nya. Apa yang dia nak dari Danisha? Kenapa dia nak sangat segala aset milik keluarga Danisha? Itu semua kerana ayahnya. Dia tak ingin pun untuk memiliki harta lagi. Tidak lagi.
Zach berhenti dan ambil telefonnya, dia mendail nombor seseorang yang sudah pasti dia kenal. Tapi, dia padam semula nombor tersebut. Tidak.. dia tak boleh kacau Danisha waktu sekarang, makin benci Danisha pada dia nanti. Tapi the desire untuk memiliki Danisha hanya untuk diri di semakin kuat. Sangat kuat. Mungkin sebab itu dia sentuh Danisha tanpa teragak-agak, sejujurnya, dia tak pernah sentuh wanita kecuali Danisha. Kira macam dia ni anti dengan wanita lah. Tapi dia juga tak suka bila Danisha menjauh darinya, dia rasa sesak nafas, nafasnya ibarat tersekat di kerongkong nya.
Dia duduk di kerusinya dan memicit kepala nya yang sakit, penat otaknya bekerja. Dengan kerenah bapanya lagi, masalah syarikat dan Danisha lagi. Dia buntu.
Telefon bimbit nya berdering, dia mencelikkan matanya dan toleh ke arah telefon yang elok terletak di atas meja kerjanya itu. Dia mengeluh. Buat masa sekarang, dia memang tak ada rasa untuk menjawab sebarang panggilan-panggilan dari orang, tak kesah lah dari mana pun termasuk ayahnya. Tapi bersiap sedialah untuk dengar orang tua tu berleter panjang kepadanya.
Telefon itu kembali diam dan bilik itu sunyi kembali, tapi hanya seketika. Telefon bimbit dia berdering sekali lagi. Tapi masih dia biarkan. Masuk deringan ketiga, dia kaup rambut hitamnya kebelakang dan capai telefon di atas meja itu dengan agak kasar. Dia baca gerangan yang menelefonnya itu.
Matanya berputar dan jawab panggilan itu dengan malas. Dia letak di telinganya.
"Hm.." mulanya.
"Daddy nak kamu balik. Sekarang." Kata ayah Zach dan serta-merta menutup telefon. Dia sekali lagi mengeluh berat.
"Apa masalah orang tua ni?" Omelnya sendiri dan bangun dari duduknya.
Dia ambil kot biru tua nya dan sarung ke badan. Dia ambil cermin mata hitam dan pakai, sebelum keluar dia ada juga semburkan minyak wangi maskulin jenama terkenal dan ambil beg lalu keluar tanpa banyak soal. Dia tahu yang bapanya akan bertambah marah bila dia melengahkan masa. Sama juga dia. Apa tu orang kata, bapak borek anak rintik.
Dia angguk kepada beberapa pekerja yang menegurnya dan pergi ke basement parking dan dia buka kunci kereta BMW M4 miliknya. Bunyi enjin berdering kuat dan akhirnya kereta BMW M4 miliknya meluncur laju ke jalan raya. Nasib jalan raya tak begitu sesak, maklumlah jalan raya di KL mana pernah tak sesak bukan? Sempat masak maggie kari, maggie cukup rasa~
Dia mengambil masa lebih kurang dua puluh lima minit untuk sampai ke rumah orang tuanya sekiranya dia berada di pejabat. Dari pejabat ke rumah orang tuanya itu tidaklah jauh, lebih kurang dua puluh lima minit kalau kelajuan normal, macam 80km/j tapi kalau bawa lebih mungkin dalam dua puluh atau lima belas minit saja. Tapi kali dia dia sopan dengan jalan raya, dia pandu kereta bukan main berhemah. Kalau boleh dia nak lambat lagi, bapak dia punya pasal. Punya dia nak pengajian mas suntuk berjumpa dengan bapanya. Zach Zach..
Dia keluar dari perut kereta dan menanggalkan cermin matanya. Dia letak di dashboard kereta dan tutup pintu kereta, dia kunci kereta dan masuk ke dalam rumah tanpa di jemput. Biarlah, rumah dia juga kan? Kalau keluarga dia mampus pun, dia juga yang akan pindah masuk. Tak pun dia bagi kepada adik perempuannya. Ha.. ye, dia ada adik perempuan. Siapa? Adalah. Sebok je nak tau.
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...