Chapter 20

4 1 0
                                    

SAHARA POV~

Aku buka mata aku perlahan-lahan dan pandang sekeliling. Otak berfikir dimana aku sekarang. Bila hampir beberapa minit otak memerah ingatan, baru aku ingat yang aku sekarang terperangkap dalam bilik gelap ni bertemankan lampu malap dari luar cermin.

Tiada lagi ikatan di mulut, tangan dan kaki aku. Badan aku yang lemah cuba untuk bangun tapi tak boleh juga. Betapa lemahnya badan aku sekarang ni. Kepala aku masih sakit. Seperti ada benda yang mencucuk di otak aku.

Tapi aku masih gagahkan diri untuk berdiri. Bila saja aku berdiri, tangan aku bertaut dengan dinding dan cuba untuk seimbangkan badan. Ubat apa yang dia beri aku tadi? Tak rasa satu badan aku.. memang betul-betul tak nak aku lari ni..

Aku perlahan-lahan berjalan ke arah pintu dan cuba untuk buka, tapi macam biasalah. Kalau kau orang dekat tempat aku pun atau dalam mana-mana drama pun, pasti ada bahagian-bahagian macam ni.

Aku mengeluh dan berjalan perlahan-lahan ke arah cermin pula. Aku lihat suasana liar dari celah-celah pelekat yang tidak menutupi seluruh cermin itu. Macam masih di Itali, tapi tak tahu lah kalau wanita tua tu dengan kuncu-kuncu dia bawa aku keluar dari Itali. Apa yang aku boleh describe sekarang ni yang pasti rumah ni tercerok, tersorok dalam hutan.

Aku cuba pula untuk buka tingkap itu. Kening aku terangkat dan senyuman terpampang di bibir. Boleh buka. Buka saja tingkap tu, angin yang sejuk dan sepoi-sepoi bahasa menyentuh muka aku. Sejuk dan segar. At least adalah juga oksigen untuk aku.

Kebetulan ada kerusi kayu di sebelah kanan tingkap, aku ambil dan duduk betul-betul di hadapan tingkap yang terbuka itu. Sebelum aku duduk, ada juga aku lihat ke luar tingkap dan ke bawah. Tinggi, hm.. tak ada chance la aku nak lari. Tapi kalau aku nak lari pun, nak lari ke mana?

Dilema menyerang aku. Dalam hati aku hanya berdoa agar Hezriq atau sesiapa pun sudi untuk selamatkan aku. Tiba-tiba rasa nak nangis. Semua ni terjadi sebab salah aku ke? Aku ni memang dari lahir bawa malang ya? Semua buruk terjadi semua kerana aku.

Aku tertanya, andai kata aku kahwin dengan Hezriq. Benda ni akan terjadi juga kah pada aku? Aku rasa masih akan terjadi, cuma tak se brutal macam sekarang. Mungkin.

Aku kesat air mata aku yang mengalir dan pandang ke arah pintu bila aku rasa macam ada orang perhatikan aku dari belakang. Pandang saja aku ke belakang, mata aku membesar bila melihat wanita tua tadi pandang aku dengan senyuman nipis. Jantung aku berdegup kencang. Rasa takut menyerbu diri. Aku berdiri dan sandarkan badan aku ke dinding tingkap.

Wanita itu mendekatkan dirinya dengan aku.

"Ja-jangan.. jangan dekat... Tolonglah.. jangan apa-apa kan aku..." Kata aku dan menangis.

Wanita itu berlari ke arah aku dan sambut aku dari jatuh. Dia eratkan pelukannya. Dagunya di atas kepala aku dan tenangkan diri aku.

"Shh.. shh... Tak.. ibu tak akan apa-apa kan Delly. Delly satu-satunya puteri ibu.. ibu tak nak hilang Dell lagi.." katanya dan ikut menangis. Tersedu-sedan dia menangis.

Aku pandang dia yang masih mengalir. "Siapa kau? Kenapa kau bahasa kan diri kau ibu? Kau tahu tak mak aku dah lama mati. Hampir setahun. Kau siapa?" Air mata mengalir sekali lagi bila aku terkenang waktu keluarga aku mati dibunuh.

"Kau tahu tak mereka dibunuh dengan cara yang kejam. Dia bunuh mak aku, ayah dan nenda. Tanpa belas kasihan. Kau tahu tak?!" Aku cengkam bahu wanita itu dan goncang. Akhirnya aku berhenti dan menangis.

Mrs. Farrel: Love?Where stories live. Discover now