29

4 1 0
                                    

. Hezriq .

Aku terbaring di atas katil sambil melihat kipas di siling berpusing mengikut arah jam. Lambat.. kipas tu berpusing dengan lambat, macam otak aku sekarang. Lambat berfungsi. Aku dah tak tahu dah cara apa yang boleh aku lakukan untuk jejak lokasi Sahara. Sejujurnya, aku buntu. Aku rasa nak give up.

Akasyah mengetuk pintu bilik aku dan masuk. Aku angkat kepala aku untuk melihat ke arah Akasyah dan kembali meletakkan kepala aku ke atas katil dan tidak beralas bantal.

Akasyah masuk dan duduk di sebelah aku. Mata redup memandang aku. Aku tahu dia kecewa dengan aku. Aku pun kecewa dengan diri aku. Bila lah semua ni akan berakhir? Bila aku boleh tahap wajah bersih Sahara? Aku rindu.. yang amat.

"Abang.." panggil Akasyah. Aku tidak menyahut ataupun melihat ke arah dia, aku hanya diam membisu.

"I have bad new and good new. Which one you want to hear first?'' soal Akasyah sambil setia memandang aku. Aku menjeling ke arahnya dan kembali memandang siling.

"Bad new or good new.. kalau bukan pasal Sahara. Baik keluar. Aku tak nak dengar apa-apa selagi tak ada berita pasal Sahara. And kalau Zahara call dan tanya pasal Sahara.. kau cakap je yang semua going well" jawab aku pula. Memang aku tak nak dengar sebarang berita kalau berita tu tak ada kaitan dengan kehilangan Sahara.

"Tapi bang. This is about Sahara" jawab Akasyah. Wajah aku yang tadinya menghadap siling teus mengalihkan pandangan aku ke wajah Akasyah. Aku mahu lihat mana tahu dia cakap macam tu semata-mata untuk tarik perhatian aku.

"Kau jangan main-main dengan aku Kasyah." Kata aku mendatar.

"I'm not playing. I'm telling the truth. Good new, kita dah dapat detect keberadaan Sahara. She's now at Malaysia. And the bad new, she's not alone. She's with her"

Her. Siapa?

"Her?"

Akasyah mengangguk. "Yes her. Madam Maryam. Atau dikenali sebagai ibu Maryam." Jawab Kasyah.

"Dia sorang je ke?"

"Nope. Dia bersama anak-anak buah dia." Jawabnya ringkas.

Aku merengus, "Muncul juga mereka berdua akhirnya. Harap-harap dia tak brain wash Sahara." Ujar aku pula. "Dia di mana?"

"Luckily, dia di rumah parents Sahara."

Kening aku berkerut. "Which one?"

"Malaysia"

Dan-dan wajah aku tersenyum. Malaysia? Huh kankagi senang kerja aku. Ini tidak. Sibuk nak sorokkan dia lepas tu luar Malaysia pula tu. Huh.

Aku bangun dan duduk di hadapan Akasyah. Aku menghadap Akasah dan tenung matanya. Kekadang, si Akasyah ni sanggup buat apa saja demi tak nak aku macam tadi lah. Jadi aku nak tahu juga kalau-kalau aku ditipu ke?

"Ap-apa kau ni? Tenung aku macam nak makan aku pula." Kata Akasyah dan toleh ke tepi. Okay suspicious.

"Aku akan betul-betul makan kau kalau kau tipu aku. Kau cakap benda yang betul kan? Kau tak kencing aku kan?" Soal aku. Aku memang harap yang apa yang di katakan oleh Akasyah adalah benar-benar belaka. Tapi boleh jadi juga yang Akasyah sengaja buat semua.

"Kau memang nak sangat aku menipu eh? Betul lah." Kata Akasyah. Dia dah mula naik rimas bila aku dok tenung lama-lama muka dia tu. Kalau jauh tak mengapalah juga, ni dekat nak mampuih. Kalau aku pun seram weh.

"Aku harap kau cakap yang benar." Aku jarakkan badan aku dengannya dan kembali baring. "Any suggestions?" Tanya aku sambil melihat siling.

"Attack" aku pandang ke arah Akasyah.

Mrs. Farrel: Love?Where stories live. Discover now