THIRD POV~
Kereta Mercedes Benz milik Zach masuk ke kawasan perumahan ibu dan ayahnya dan parking kan keretanya di kawasan halaman rumah itu. Dia keluar dari perut kereta dengan bergaya lalu berjalan menuju ke pintu rumah agam itu.
Zach buka pintu itu dari luar dan masuk ke dalam rumah agam itu. Dia pandang kiri dan kanan dan akhirnya dia menanggalkan kasutnya dan letak di almari kasut lalu masuk. Dia tutup pintu dan bergerak ke ruang tamu mencari kelibat seseorang.
"Woi!" Seseorang jerit memanggilnya. Zach pandang ke arah orang yang menjerit itu dan keningnya terangkat.
Seorang lelaki seumurannya mendekati Zach dan peluk lelaki itu erat.
"Rindunya aku dekat kau!" Lelaki itu eratkan pelukan. Zach hanya mengeluh kecil dan balas pelukan lelaki itu.
Zach leraikan pelukannya dan pandang lelaki itu atas bawah. Dia geleng kepala dia. Tak berubah langsung mamat ni. Monolog Zach sendiri.
"Yang kau ni tetiba rindu aku apa pasal? Demam ke apa?" Tanya Zach sambil memegang dahi lelaki itu.
"Aku nak rindu cousin tersyinta aku pun tak boleh ke?" Lelaki itu angkat keningnya dan silang kan tangannya menunjuk protes.
"Boleh je Zaf." Zach senyum dan serabai kan rambut coklat Zafran.
"Zachary Aeron bin Zahid Ahmad!" Jerit seorang wanita di dapur. Zafran memandang Zach dan Zach memandang Zafran.
"Z-Zach, a-aku blah dulu lah.. uhm... Tetiba teringat pasal kerja aku pula. Bye!" Zafran terus pecut lari keluar dari rumah agam itu.
"W-weh! Asal kau lari?" Zach berkelip sedikit dan terus pandang dapur rumah agam itu. Dah kenapa bulu roma aku meremang semacam je ni? Monolog Zach sendiri.
Dia berjalan ke dapur. Terlihatlah seorang wanita berusia 50an tapi masih nampak ayu. Zach senyum lebar dan peluk ibunya itu.
"Ibu? Kenapa jerit nama Zach? Nama penuh pula tu." Zach duduk di kerusi dapur sambil menunggu jawapan ibunya.
"Kenapa kamu tanya? Kamu tanya diri kamu sendiri. Betulkah apa yang Zaf cakapkan pada ibu?" Puan Madya mencekak pinggang.
"Apa yang Zaf cakap?" Kening aku berkerut. "Ibu jangan percaya sangat dia tu boleh tak? Dia tu bukannya betul sangat pun." Kata Zach tak puas hati.
Puan Maryam duduk disebelah kanan Zach. Dia sentuh lembut tangan anak bujangnya itu. "Zach, ibu bukan nak percaya sangat apa yang dia cakap. Ibu cuma risau. Kamu tu satu-satunya anak ibu. Ibu tak boleh hilang kamu macamana ibu hilang kakak kamu. Ibu tak sanggup. Ibu hanya harapkan kamu Zach." Kata puan Madya sungguh mengusik jiwa nya.
"Ibu.." Zach sentuh tangan ibunya pula dan dicium tangan ibunya itu. "Jangan risau. Zach dah besar. Zach boleh jaga diri Zach and kan Zach saja yang mewarisi kerja-kerja ni semua. Ibu pun faham kan?" Semerta lah ibunya lepas dari genggaman Zach.
"Itu yang ibu tak puas hati. Kenapa kena kamu Zach? Kerja tu bahaya! Kenapa ayah kamu tu nak sangat kamu yang waris kerja bodoh dia tu? Apa tak cukupkah hasil dari syarikat-syarikat yang dia bangunkan selama ni?" Nafas puan Madya naik turun. Begitu jelas yang puan Madya tak puas hati.
"Ibu.." belum sempat Zach habiskan katanya, tiba-tiba telefon berjenama itu bergetar.
"Ibu sekejap. Zach nak jawab telefon." Dia ambil telefonnya itu dan berlalu pergi dari dapur.
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...