CHAPTER 4

7 2 0
                                    

SAHARA POV~

Bunyi tembakan tadi bertalu-talu tidak berhenti. Aku tutup telinga aku sambil menangis ketakutan. Hezriq yang berada disebelah ku melindungi aku sambil berbalas-balas tembakan.

Aku genggam tangan dia dan pandang kearah dia. Dia juga pandang ke arah aku.

Bibir aku terbuka tapi aku tak mengeluarkan apa-apa suara. Ibarat suara aku hilang. Hezriq yang faham perasaan aku tika ini pun pegang tangan aku dan sambung tembak.

Kami keluar dari meja dan lari ke arah dapur. Kami cangkung dan pandang sesama sendiri.

"Dell... Dengar sini. Kau duduk sini diam-diam. Nanti aku datang balik. Duduk sini." Arahnya.

Aku pegang tangannya apabila aku rasa yang dia ingin pergi. Aku geleng kepala. Aku takut buat masa sekarang. Aku tak nak keseorangan.

"Stay. Nanti aku datang sini balik." Lalu dia pergi. Sekali lagi aku dengar bunyi tembakan berbalas-balasan.

Beberapa minit berlalu, aku tutup telinga aku kerana bunyi bising tembakan dan aku takut bunyi yang kuat itu.

Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahu aku. Aku tersentak lalu secara spontan aku menjerit. "Ahh!!!" Kuat dan lantang. Tapi tangan sasar itu penekup mulut ku.

"Shh... Nanti ada orang dengar. Ni aku.. Hez."

Tahu saja aku itu Hez aku terus diam dan dia pun lepaskan tangannya dari mulut aku.

"Hez..." Aku tanpa teragak-agak peluk dia erat sambil menangis tersedu-sedan.

"Kita kena keluar dulu. Kau pergi atas, kau ambil passport lepas tu turun sini balik. Cepat."

Aku terus leraikan pelukan ku dan berlari keatas dan menuju ke bilik ku. Walaupun kaki aku dan seluruh badan aku menggigil tapi aku gagahkan supaya aku boleh pergi ke bilik.

Aku capai beg tangan aku dan passport aku lalu aku lari turun ke bawah semula. Dia tunggu aku dihujung tangga sambil memerhatikan sekeliling.

Mayat keluarga aku masih bertebaran diatas lantai. Sebak terasa hati. Rasa yang sakit dan pedih. Pilu mengenangkan nasib keluarga aku atas kematian yang tragic.

"Macam mana dengan-"

"Nanti orang aku uruskan." Potong nya. Macam tahu-tahu je yang aku nak tanya pasal tu. Ceh.

Kami pun masuk dalam kereta Honda Civic hitam nya dan terus bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia. Untuk apa? Aku pun tak tahu. Nak ke Eropah mungkin. Tapi bahagian mana?

Waktu dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri. Tipulah kalau aku tak rasa sedih langsung. Sedih kau tahu. Satu keluarga aku pula tu kena bunuh. Aku dah lah anak tunggal. Adik-beradik dah lah tak ada. Sebatang kara aku sekarang. Macam mana lah aku nak hidup?

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia, aku turun dari kereta dengan pakaian selekeh tapi tak pe. Nasib tak ramai orang kalau tak terjejas nama baik aku.

"Uh... Kita nak ke mana?" Tanya aku.

"Itali" Singkatnya.

"Buat apa?"

Dia pandang aku dengan tatapan tajam. "Kalau kau nak mati dipersilakan. Jangan kaitkan aku. Aku buat ni sebab nenda kau je." Dia terus genggam tangan aku dan masuk ke dalam jet peribadi nya.

Dia buat semua ni sebab nenda aku? Apa benda semua ni? Apa yang dia nak sampaikan ni? Kenapa semua ni berlaku?

* * *

Mrs. Farrel: Love?Where stories live. Discover now