SAHARA POV~
Aku pusingkan badan aku ke kiri ke kanan, cuba untuk lelapkan mata aku. Badan aku penat, begitu juga fizikal aku. Tapi otak aku masih nak bekerja. Otak aku masih mengulang kembali apa yang terjadi waktu aku di Malaysia malam semalam. Aku tak tahulah kat Malaysia sekarang ni pagi ke malam. Aku tak nak ambik tahu. Aku hanya nak tahu apa yang jadi dengan mayat mak ayah aku. Dan juga nenda aku. Aku tak faham kenapa semua ni berlaku?
Aku nak tanya Hezriq mana dia kebumikan mayat keluarga aku. Aku nak hadir waktu kebumikan tu. Aku nak tengok wajah mak, ayah dan nenda aku buat kali terakhir.
Aku bangun dari pembaringan aku, aku dan ikat rambut aku, ikat siput. Aku renggang kan badan aku ke kiri dan ke kanan lepas tu aku berdiri. Aku capai telefon aku dan keluar dari bilik aku tu. Lama-lama aku kat dalam tu, sesak nafas aku.
Aku jengah kepala aku keluar dan lihat kiri dan kanan. Bagus, tak ada orang. Aku keluar perlahan-lahan dan turun ke tingkat bawah melalui tangga. Aku pergi ke dapur dan buka peti sejuk.
Aku nampak ada yogurt dan buah pisang. Waktu lapar macam ni kalau dah nampak benda biasa macam ni pun dah rasa sedap dah. Aku senyum sendiri dan ambil mangkuk yogurt dan buah pisang itu. Aku kalau dah nampak makanan hilang terus otak aku yang tertinggal kat Malaysia tu.
Aku tak buka lampu dapur sebab, takut nanti ada orang perasan yang aku tak tidur lagi. Jadi, sebagai anak yang baik, saya tak buka lampir. Makan dalam gelap kalau aku tercekik padan muka.
Aku perlahan-lahan buka penutup bekas yogurt tu dan ambil sudu. Baru je aku nak masuk mulut, lampu dapur buka. Aku pun terkejut dan terjerit kecil.
Siapa pula kacau aku nak dating dengan yogurt aku ni?
Aku pandang suis lampu di dapur itu, automatik aku telan air liur aku. Well, i didn't expect him to be here. Right now.
Aku pandang dia dengan senyuman. Aku senyum semanis mungkin.
"Uh... Nak yogurt ke? Meh sini lah. Kita kongsi. Saya pun bukannya kedekut mana pun." Kata aku dengan senyuman.
Hezriq hanya berdiri tegak memandang aku. Aku tak boleh dengan pandangan tajam nak mampus dia tu. Kalaulah hanya dengan memandang saja dah boleh mati, mukim aku ni akan anti banyak kali kot kalau dia tu tak habis-habis bagi aku pandangan macam tu.
"K-kenapa?" Kan dah gagap. Tolonglah jangan pandang aku macam tu. Tak keruan jadinya aku ni kang.
Dia mendekat dan mendekat. Aku pula duduk kat kerusi. Macam mana pula aku nak kebelakang ni. Badan aku lah yang kebelakangan ni. Akhirnya mamat mata helang ni kat depan aku, sambil silangkan tangan dia.
"Simpan balik yogurt tu." Aku buat muka pelik. Dah kenapa pula mamat ni?
"And why?" Aku angkat kening aku dan tunggu jawapannya.
"Sebab yogurt tak bagus makan waktu malam. Kalau kau tu sakit, aku yang susah. Sudah. Simpan yogurt tu. Biar aku masak." Aku anggukan kepala aku.
"Ye lah ye lah." Kata ku malas dan simpan semula yogurt dan pisang ke dalam peti sejuk dengan muka pasrah.
* * *
Beberapa minit kemudian...
"Hez... Dah siap belum?... Saya dah lapar sangat ni..." Tanya ku sambil merengek macam kanak-kanak riang.
"Kau ni sabar sikit boleh tak?" Dia pandang aku melalui anak matanya dan kembali memasak.
"Kids? What are you guys doing here? It's late now." Kata salah seorang pembantu rumah itu.
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...