Chapter 11

5 2 0
                                    

SAHARA POV~

  Aku bangun dari lena ku dan pandang sekeliling, bilik yang asing, tak pernah pula aku masuk ke dalam bilik ni. Aku mengerengkan badan aku ke kiri dan aku lihat ada sebuah meja kopi kecil berwarna coklat mewah, di atas nya ada beberapa helaian kertas yang tak tersusun. Kening aku berkerut.

  Aku bangun dari perbaringan aku dan automatik badan aku lenguh-lenguh semua. Aku tidur di mana ni? Sakit badan aku lah. Kalau aku tidur di bilik aku, atas katil aku, tak adanya sakit badan macam ni sekali.

  Aku renggang kan badan aku ke kiri ke kanan dan pusingkan badan aku ke kiri ke kanan hinggalah mata aku tertumpu pada figura seorang lelaki yang sedang tidur. Kepalanya diatas meja dan berbantalkan lengan.

  Mata aku dikecilkan untuk mengecam wajah lelaki tersebut. Automatik mata aku terbuka luas bila aku dapati yang itu adalah Hezriq. Semerta lah aku teringat apa yang terjadi semalam, dimana aku masuk ke dalam bilik kerja Hezriq dan tidur di atas sofa nya. Wajah aku tukar menjadi merah. Malu.

  Badan aku yang diselimutkan dengan jaket nya yang berwarna hitam itu aku letak ke tepi dan bangun dari sofa itu. Aduh, rasa serba-salah pula bila aku menyusahkan dia. Uhm, aku memang selalu menyusahkan dia pun tapi sekarang, tetiba rasa serba-salah. Jadi sebagai manusia yang baik lagi berbudi, aku ambil jaket dia tu dan letak di belakang badan Hezriq. Tidurlah kau. Aku nak keluar dulu.

  Aku undur ke belakang dan mula berjalan keluar. Tak naklah aku duduk dalam tu lama-lama. Orang tua-tua cakap kalau kita berdua, nanti ada yang ketiga. Faham-fahamlah siapa ya.

  Lagi satu, kan tak manis kalau aku ni anak dara duduk dalam bilik yang sama dengan si bujang. Bukan mahram pula tu. Tak pasal-pasal orang ingat berzina. Hm.. di Itali ada ke pejabat agama yang membenteras zina? Entah tak tahu pula aku. Almaklumlah, baru dapat travel ke Itali. Kalau tak terperap je aku dalam rumah agam yang hanya tinggal kenangan tu. Sedih pula bila teringatkan kembali..

  Aku geleng kan kepala aku dan hilang semua kenangan pahit itu. Aku keluar dan tutup pintu bilik kerja Hezriq dengan perlahan-lahan dan berjalan ke arah ruang tamu.

  Memandangkan ruang tamu dan bilik kerja Hezriq berdekatan sahaja. Jadi, aku terus ke ruang tamu dari ke bilik aku. Alah, kalau aku ke bilik aku pun aku dapat buat apa? Sorang-sorang pun dalam bilik tu bosan juga, kan? Jadi baik aku meneroka rumah ni. Lagi satu, aku tak sempat nak meneroka rumah ni lagi. Jadi ni lah masanya.

  Sebelum tu, aku duduk dahulu di atas sofa yang tersedia ruang tamu dan mengeluh. Aku pandang kiri kanan, mana tahu madam Mie dah bangun, sebab sunyi ke rumah ni. Selalunya ada saja bunyi sudip berlaga dengan kuali. Dia pergi pasar lah kot.

  Aku bangun dan mulakan misi aku. Tapi aku fikir-fikirkan balik, rumah ni besar, buatnya aku sesat macam mana? Mansion kot, dah macam istana. Nasib tiga dua tingkat je tapi dia punya bilik, macam nak ajak satu keluarga tinggal sekali.

  Tapi kisah apa aku? Masa aku meneroka mansion ni pun aku dapat teroka separuh je. Jadi separuh lagi aku nak terima hari ni. Sesat pun sesat lah. Alah, sesat dalam area rumah sendiri. Pandai-pandailah si Hezriq tu cari aku.

  Aku pun mulakan misi untuk meneroka mansion ni! Yey! Baik aku cepat, buatnya si Hezriq tu bangun, terbantut semua dah segala rancangan aku nak buat. Dia tu bukannya jenis sporting, ada je yang tak kena dan tak boleh. Itu ini, semualah.

Mrs. Farrel: Love?Where stories live. Discover now