Chapter 22

4 1 0
                                    

SAHARA

Aku membuang pandangan aku keluar tingkap. Tingkap di dalam bilik itu aku buka luas dan biarkan angin malam masuk mendinginkan suasana. Aku sedut udara malam itu sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan. Sedikit sebanyak kurang lah sikit beban yang sedang sesak di dalam dada aku ini.

Mata sayu aku pandang ke langit yang cantik dihiasi bintang-bintang yang berkelipan, bertemankan cahaya bulan dan juga lampu malam jalan raya ini. Walaupun hanya satu.

Telinga aku menangkap bunyi kunci pintu dibuka. Mungkin sudah tiba waktu makan aku. Aku tidak berpusing, biarlah dia yang memanggil. Badan aku penat. Walaupun cukup makan, tapi aku tak cukup rehat. Bermaksud, otak aku sentiasa bekerja walaupun sedang tidur.

Akhirnya aku pusing menghadap pintu yang terbuka luas itu dan aku lihat Airil sedang berdiri statik di hadapan pintu bersama tali. Mata aku mengecil, apa yang dia nak gunakan dengan tali tu. Aku fikir dia nak beri aku makanan.

Airil datang mendekat dan sekelip mata, dia berada di hadapan aku. Tubuh sasa nya menutup seluruh tubuh aku yang kecil ini. Aku dongak dan pandang wajah ketatnya, pusingkan sedikit kepala aku ke tepi. Menunggu kata-kata keluar dari mulutnya.

"Ibu nak jumpa kau" ayat itu cukup untuk membuat aku tersentak.

"Huh? Kenapa?" Tanya aku pula. Tak pernah-pernah dia suruh aku yang jumpa dia, selalunya dia yang datang sendiri jumpa aku. Tapi terbalik pula.

"Aku tak tahu. Sekarang, aku nak tangan kau. Mudahkan kerja aku Princesa" aku mengeluh dan beri dia tangan aku.

"Ok" kata aku perlahan.

Dia ikat tangan aku dengan kemas dan ketat, pastikan yang ikatan itu kuat. Takut sangat aku lari, walaupun memang aku dah terfikirkan benda tu pun.

Dia bawa aku keluar dari bilik itu dan retina mata aku sakit apabila terlalu banyak cahaya yang masuk ke dalam retina mata. Sakit. Lama sangat ni aku tak tengok dunia luar.

Airil tolak aku supaya terus berjalan. Aku ikut jejaknya hinggalah kami betul-betul di hadapan sebuah pintu kayu. Airil buka pintu itu dan tolak aku masuk. Aku pandang Airil dan pandang dua orang yang berada di hadapan aku. Seorang wanita sedang duduk bersama seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelah. Bodyguard mungkin.

"Delly.. mari mendekat" arah puan Maryam. Aku dengan teragak-agak berjalan mendekati meja cokolat itu dan berdiri betul-betul di hadapan puan Maryam. Airil pula hanya berdiri di belakang aku.

"Airil, kami tidak memerlukan kamu. Sila keluar. Sekarang" arah puan Maryam tegas. Aku pun meremang.

Aku pandang Airil dan Airil pandang aku. Dia pandang puan Maryam dan angguk kepalanya, lalu undur kebelakang dan keluar.

Aku pandang puan Maryam dengan reaksi wajah aku takut-takut.

"K-kenapa i-ibu panggil.. Dell?" Tanya aku gagap. Mana tak seriau wajah wanita ni tegang nak mampus. Ni kalau campak dalam laut jumpa jerung, jerung pun takut.

"Have a sit" arahnya pula. Aku dengan agak-agak duduk di kerusi yang disediakan.

Puan Maryam senyum dan berikan sehelai kertas kepada aku. Aku pandang dia dengan reaksi wajah keliru.

Mrs. Farrel: Love?Where stories live. Discover now