Chapter 18

4 1 0
                                    

Third Person Pov~

Danisha duduk di atas sofa yang terletak cantik di ruang tamunya itu sambil menonton televisyen. Maklumlah, sekarang waktu cuti dan waktu cuti ni apa je yang dia nak buat selain duduk dalam rumah buat tak tahu.

Dia ambil semangkuk kaca yang penuh berisi jajan itu dan satu-satu dia ambil dan makan. Danisha memang akan seperti ini sambil menonton televisyen. Alah bukannya selalu.

Ring... Ring...

Telefonnya berbunyi sebaik sahaja iklan terpampang di kaca televisyen. Danisha merengus kecil dan capai telefonnya itu dengan penuh rasa menyampah. Dia angkat telefonnya itu tanpa melihat siapa gerangan itu.

"Wow.. tak sangka kau akan angkat telefon aku dengan cepat" terus orang di balik telefon itu berkata. Kening Danisha berkerut.

Dia tengok orang yang telefonnya itu dan tepuk dahinya dengan tangan kiri dia.

"Ah, apa-apa je lah. Kau nak apa ni?" Tanya Danisha kasar. Zach ketawa kecil.

"Tak ada apa-apa. Saja. Nak kacau kau. Tiba-tiba rindu" rasa loya tekak Danisha bila dengar Zach cakap macam tu dengan dia. Danisha buat suara nak muntah.

Ketawa Zach semakin kuat. "Haih tak kan dah mengandung kot?" Terus diam membisu Danisha di buatnya. Hinggalah dia berkata dengan nada suara yang penuh ketidak puasan hati.

"Tak, sekarang ni kau nak apa?" Tanya Danisha terus. Malas nak berlapik-lapik lagi.

"Saja..."

Danisha mengeluh bila jawapan yang sama Zach berikan kepadanya.

"Zach pelajar don't waste my precious time" kata Danisha penuh dengan sabar.

"Relax..."

"Kalau kau dah tak ada apa-apa yang nak disampaikan lagi. Aku nak tutup. Bye"

Danisha terus tutup telefonnya atau lebih tepat dia matikan telefonnya. Biar tiada orang yang akan kacau ketenteraman dia lagi. Waktu cuti lah ramai yang kacau dia.

Dia sambung menonton televisyen, aman sikit hidup dia bila dia matikan telefon. Tapi dalam waktu yang sama dia rasa gelisah, sebab dia takut akan ada panggil mustahak untuk dia.

Dia mengeluh sekali lagi dan capai telefon yang terletak di atas meja itu. Dia on kembali telefon itu dan seperti yang dia agak, ada orang telefonnya. Missed calls.

Dia tekan telefon itu dan tunggu orang yang menelefonnya tadi angkat.

"Dane.."

* ✨ *

"Now tell me how she got kidnapped?" Tanya Danisha di balik telefon. Meremang bulu roma Hezriq bila dengar suara datar wanita itu.

"Kau jaga dia ke tak?" Hezriq boleh rasa yang Danisha sekarang ni sangat marah dan ingin sahaja dia mengamuk.

"I'm sorry. Okay? I... I am at my office that time... Dane... You have any clue where is she now?" Danisha mengeluh berat. Sangat berat.

"What do you mean?" Tanya Danisha mendatar. "Aku tak tahu. Kau pandai ke tak buat kerja?!" Danisha terus tutup telefon dan campak telefonnya hingga berkecai. Marah betul Danisha.

Mrs. Farrel: Love?Where stories live. Discover now