CHAPTER 7

7 3 0
                                    

SAHARA POV~

"Takkan tak ada solusi lain selain kahwin?" Aku tak tahu.. sama ada aku patut terima ataupun tidak. Aku sangkakan kalau nenda dah mati, aku dah tak payah kahwin dengan dia ni. Aduu botak aku lama-lama macam ni.

Dia hanya mengangguk kepala. Mamat ni ambil kesempatan ke apa? Ke dia memang suka aku then dia yang rancang ni supaya dia kahwin dengan aku? Tak mustahil kan? Agh! Tak tahulah aku!

"There no any solution besides getting married? Are you sure Hezriq?" Tanya aku. Minta kepastian.

"Ada satu-"

"Then kita gunakan yang tu je lah! Apa yang susah?" Sampuk aku.

"Kau nak ikut plan tu ke?" Tanya nya untuk kepastian.

"Yang penting selain daripada jadi isteri awak." Kata aku sambil anggukan kepala.

Dia diam sejenak. "Kau memang tak nak jadi isteri aku?"

"Tak nak. I mean... Uh... Well.. I'm not ready to be someone else's wife." Jelas aku dan gigit bibir bawah aku. Tiba-tiba rasa serba-salah pula.

"Oh gitu.."

Adu.. bukan tadi kita sibuk bincang pasal siapa lelaki yang hantar makanan tu dekat ke ke? Kenapa pula tetiba jadi macam ni, ni? Kenapa reaksi dia buat aku tak kerana? Memang dia orang ni nak aku botak lah. Stress nya!

"By the way, apa plan yang awak ada tu. Selain perkahwinan ni."

Dia diamkan diri dan pandang aku. Tatapan nya kosong. Aku tak boleh nak tafsirkan apa yang ada dalam benak fikiran dia.

Dia mengeluh dan pandang kebawah. Lihat tangannya. Dia genggam tangannya dan kembali memandang aku. Tatapan nya kalau ni lebih kepada arah.. terluka? Adu.. apa ni? Jangan tengok aku macam tu!!!

"Ikut aku." Dia bangkit dari duduknya dan berjalan ke sebuah tempat. Yang pasti dalam rumah ni.

Aku angkat bahu aku dan ikutkan saja ke mana yang hendak dia bawa aku. Tak kan lah dia nak apa-apa kan aku kan? Tak kan lah. Jadi aku pun ikut dia. Hinggalah kami sampai di sebuah bilik.

Dia keluarkan kunci dari poket seluar dia dan buka pintu tu. Buka saja pintu, aku terkesima. Ini... Aku tak tahu nak cakap macam mana. Bilik ni macam gym. Aku nak cakap lebih pasal gym pun aku tak tahu. Aku mana pernah main gym. Aku bersenam pun selama ni, tu pun jogging je. Tak de lebih-lebih.

"Ni..."

"Gym. Dah lama bilik gym ni tak digunakan. Orang kata mini gym. So, plan yang lain selain jadi bini aku adalah menjadikan kau kuat."

Aku pandang dia dengan tatapan tak percaya. Apakah ini? Huh?

"Kalau kau kahwin dengan aku pun aku tetap akan latih kau seni mempertahankan diri. So, sama je kalau kau kahwin dengan aku or not. So?  Tunggu apa lagi? Masuk." Dia pun terdahulu masuk. Aku membuntuti dia. Mampu mengeluh je lah.

"Jadi.. kalau pun saya kahwin dengan awak. Saya tetap akan belajar ni semua?" Tanya aku dengan nada tidak percaya. Aku cakap sambil tunjuk semua peralatan yang ada dalam bilik ni.

"Ye. Sebelum terus belajar 'benda alah tu'. Aku kena tingkatkan stamina kau dulu. Tak guna belajar benda alah tu kalau stamina kau low. Got it?" Kata dia sambil menekan kata 'benda alah tu'. Sedikit sebanyak dia buat aku rasa annoying.

Aku putarkan mata aku ke atas dan angguk. "Ye lah. Stamina saya bukannya 'low' sangat." Saja aku tekankan perkataan low.

Dia senyum sinis. "Buktikan. Dengan.." dia cakap sambil menuju kepada mesen.. Mesen apa tu? Yang aku tahu mesen tu untuk lari-lari tu. Tak tahulah aku apa nama dia yang spesifiknya.

Mrs. Farrel: Love?Where stories live. Discover now