HEZRIQ POV~
Setengah jam aku tunggu minah ni kat bilik gym, sampai la ni aku tak nampak batang hidung dia yang mancung tu. Tidur lagi ke setan ni? Adu suka betullah bazir masa aku.
Aku bangun dan terus menuju ke bilik minah senget tu. Tu lah bila aku ajak kahwin tak nak. Jual mahal. Lepas tu sekarang menyusahkan aku. Dia ingat senang ke lelaki macam aku ni nak suka perempuan? Susah kau tau! Ni pun perempuan ni susah betul nak suka balik kat aku. Apa kurangnya dengan aku ni? Semua ada, duit, harta, emas, tanah, berketurunan baik-baik, kacak lagi bergaya lagi. Haih kalau bukan disebabkan oleh Puan Sri Dewi tu, memang tak de nya aku nak bazirkan masa dan zaman bujang aku untuk si minah senget macam dia. Nasib cantik. Menyempat pula puji dia.
Aku sekarang berada didepan pintu bilik cik Tengku Sahara Delisha dan ketuk pintu bagaikan nak rak. Aku ketuk sekuat hati macam nak roboh pintu tu aku kerja kan. Tengah geram ni tengah geram.
Bila buka sahaja pintu tu, aku dapat lihat air liur basi nya yang masih terlekat di pipi dia. Rambut dia serupa orang tak sikat rambut setahun! Macam ni rupanya rupa cucunya Puan Sri kalau baru lepas bangun tidur. Tak senonoh betul jadi perempuan.
Aku silang kan tangan aku dan angkat kening aku ke atas. Aku ni tengah bengang, marah dan geram. Aku gigit dia ni kang. Eh, macam lain je bunyi dia tu. Agh peduli apa aku? Tunggu je lah nanti kalau dah halal. Menyempat aku ni ya fikir pasal tu.
Dia pun dengan reaksi terkejut beruk dia bermula bila nampak aku. Aku tahu aku kacak lagi bergaya macam Cha Eun Woo tapi jangan lah pandang aku macam tu. Iman aku pun bukan tinggi mana.
"Hez-Hezriq... A-awak buat apa dekat sini?" Tanya dia. Aku mengeluh.
Geram betul dengan minah ni. Entah berapa kali lah aku nak kena ingatkan dia yang aku nak jumpa dengan dia pukul lima pagi dekat bilik gym tu. Sabar Hezriq sabar. Ibu kau tak ajar kau untuk berkasar dengan perempuan. Sabar Hezriq sabar!
"Sekarang pukul berapa?" Tanya aku dengan nada beku, tak ada perasaan.
Dia capai telefon pintar dia dan tekan punat on. Semerta lah keluar wallpaper gambar dia. Dan jam di telefon pintarnya itu menunjukkan pukul lima setengah.
"Lima setengah... Kenapa?" Tanya dia sambil haru kepala dia yang aku tahu tak ada rasa gatal pun.
"Kau ingat tak apa yang aku cakap semalam?" Tanya aku, tangan aku memicit kepala aku yang agak pusing bila nak melayan perangai minah ni yang tak secantik muka dia ni.
"Tak... Apa ek?" Tanya nya balik.
"Hari ni kita akan berkahwin." Kata aku singkat. Sengaja je aku cakap macam tu nak tahu juga dia betul lupa ke pura-pura tak ingat.
Matanya membesar. "Tipu! Awak cakap hari ni jumpa awak dekat gym je! Bukannya kahwin!" Kata dia dengan nada yang agak tinggi. Heh tau pun takut.
"Dah tu? Ada kau datang? Ada? Tak kan? Kau tahu tak yang kau ni dah bazirkan masa aku setengah jam. Kau tahu tak dalam masa setengah jam tu aku boleh buat macam-macam perkara. Kau tahu ke tak?" Wajah aku sengaja aku dekatkan dengan wajah Sahara. Aku boleh nampak yang dia menelan air liur nya sendiri.
"Uh... Tak tahu."
"Apa kau cakap?" Tanya aku dengan nada tak puas hati. Pe benda minah ni?
"Tak.. awak cakap yang saya ni tahu ke tak apa yang awak boleh buat selama setengah jam tu. Jadi saya cakap tak tahu." Katanya singkat. Memang mengundang amarah aku lah minah senget ni.
"Kau dah lah suka membuta. Pekak pula? Aku cakap, yang kau tahu tak dalam masa setengah jam tu macam-macam perkara boleh aku buat. Bukan perkara apa yang aku buat lah bengap." Aku tunjal kepala dia. Geram kau tahu tak nak bercakap dengan orang bengap macam dia ni. Macam manalah aku boleh suka minah senget ni?
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...