.HEZRIQ.
Aku serabai kan rambut aku dan tangan aku lincah menaip sesuatu. Sekejap padam sekejap menaip semula ayat yang sama. Aku pun tak faham apa yang dah jadi dengan aku ni. Dah tak terurus aku tengok diri aku tika ini.
Alissa mengetuk pintu bilik aku dan masuk. Dia membawa masuk secawan kopi panas.
"Hez.. ni Lissa ada buatkan Hez kopi." Katanya dan letak di atas meja.
"Kau ni tak faham bahasa ke? Aku kata aku tak nak tengok muka kau lagi kan? Dan aku tak akan terima kau. Kau ni memang tak faham bahasa melayu ke? Huh, mengalah kan aku ni yang bukan lahir dan membesar di Malaysia lah kau ni." Sindir aku terang terangan.
Terpempan Alissa mendengar sindiran aku. Baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah. Aku senyum sinis dan sambung menaip di laptop.
"Blah lah. Aku tak nak tengok muka fake kau tu. Jijik lah aku dengan orang fake ni." Sekali lagi aku menyindir dia. Baru puas hati aku.
"Apa masalah awak ni? Saya datang dengan cara baik tapi awak layan saya macam ni? Where is your manners? Or this is how your mother teach your manners?"
Aku hentak tangan aku di atas meja. Pantang aku bila ibu aku di masuk campur dalam urusan aku dan minah fake ni.
"Kau jangan nak cakap mak aku macam tu! Kau siapa nak cakap macam tu?! Habis kau?! Ada sangatlah manners tu?! Sama je aku tengok! Tak da adap! Depan baik, belakang. Pijak semut pun tak mati. Habis mak kau tu ajar sangat lah pasal adap dengan kau?!" Tengking aku.
"Awak jangan nak cakap mak saya macam tu!" Bidas nya lagi.
"Oh?! Tahu marah! Habis kau cakap macam tu tentang mak aku, aku tak boleh pula marah?!" Tengking aku lagi. "Eh perempuan! Aku nak kau berambus dari rumah ni! Aku haramkan kau jejakkan kaki kau dalam rumah ni! Berambus!"
"Hezriq!" Aku toleh ke arah pintu. Puan Hazaifah memanggil nama aku kuat.
"Ibu.."
"Kenapa kamu cakap macam tu pada Alissa?!" Marah ibu ku pula.
"Ibu dia ni jahat lah ibu"
"Mana kamu tahu yang dia jahat? Huh?" Soal puan Hazaifah sekali lagi.
"Hez tahulah ibu. Ibu pun mana dapat perempuan ni? Tah dari mana je dia ni. Entah-entah dari lorong" seloroh ku bercakap.
"Hezriq! Ibu tak pernah ajar Hez cakap macam ni. Minta maaf sekarang"
"What?! No way!" Bidas aku laju. Aku dapat tangkap senyuman licik perempuan murah tu. Jahanam punya perempuan.
"I said now!"
"Ibu.. Hez balik sebab Hez rindu ibu dan Hez nak rehatkan minda Hez. Minda Hez ni dah cukup serabut ibu. Sahara hilang, sampai sekarang tak jumpa." Aku aku perlahan. Sungguh aku malas dan tak nak pun bertekak dengan puan Hazaifah. Tapi lain pula yang jadi.
"Tolong ibu jangan provok Hez. Bila ibu keep doing this.. Hez rasa, better Hez tak payah balik. Buat semak otak je ibu faham tak?" Aku ambik beg dan telefon aku dan keluar bilik. Aku langgar bahu Alissa dan bisik sesuatu.
"If you touch them, walaupun hujung rambut sekalipun dan aku dapat tahu. You will die. I'm promise you that. Keep my words.. I'm a man who keep his words. Better watch out" aku lalu keluar dari bilik tidak mengendahkan panggilan dari Akasyah dan puan Huzaifah.
* ⭐ *
Niat nak balik ke Itali tapi tak payahlah, aku rasa malas nak hadap penerbangan yang entah berapa jam nak kena duduk dalam kapal terbang tu. Buat sakit bontot dengan pinggang je. Jadi atok atok aku ni nanti. Jadi aku pergi ke rumah banglo Akasyah.
YOU ARE READING
Mrs. Farrel: Love?
Non-FictionDilahirkan dari keluarga yang berada, orang yang kaya dan semuanya ada begitu juga keluarga yang harmoni. Tapi kekayaan itu tak kekal lama hinggalah satu-satu rahsia terbongkar selepas kematian nendanya, Puan Sri Dewi yang dirahsiakan semua ahli kel...