Chapter 14

4 2 0
                                    

SAHARA POV~

   Jam sudah menunjukkan sudah pukul 12 malam. Tak sangka borak punya borak dah pukul 12 dah. Aku pandang kak Zahara, aku tak tahu kenapa aku boleh cepat sangat mesra dengan dia pada hal aku ni jenis susah nak mesra dengan sesiapa. Kawan pun satu je, tu pun dekat Malaysia. Yelah aku kan kena culik dengan mamat gila ni. Boleh bawak aku ke Itali.

   Zahara lihat ke arah jam dan dia buat reaksi terkejut. "Eh? Dah pukul 12 dah. Hm.. Ara, Hez, I think u need to go home now. Thank you for the dinner and for the chat." Zahara bangun dan capai beg tangannya. Aku pun gerikut bangun.

   "Eh kak.. tak payahlah balik, bermalam di sini. Lagi pun dah lewat ni. Bahaya. Kat rumah besar ni pun banyak bilik. Kakak pilih je nak bilik mana, Ara bagi. Bermalam lah di sini." Pujuk aku sambil buat muka seposen yang tak laku sangat ni.

   "Kakak bukan tak nak, kalau kakak tidur sini kakak nak pakai baju apa? Baju dalam lagi." Katanya lembut.

   "Baju Sahara ada. Pakai je lah baju dia." Sampuk Hezriq. "Betul juga apa yang dia cakap. Dah lewat ni, bahaya." Sambungnya.

   "Ye! Betul! Lagi satu kalau nak tengokkan badan kakak dengan badan Ara, lebih kurang je" kata aku confident level tinggi.

  "Kakak saiz S" katanya tiba-tiba.

   "Kakak saiz S, saya ada saiz L, S, XS pun ada. Pilih je nak yang mana." Memang betul pun. Saiz sebenar aku S sama dengan dia, tapi kekadang aku pakai saiz XS dan L, saja nak pakai baju besar dan kecil.

   "Baju dalam?"

   Okay, tu buat aku hilang kata-kata. Betul juga, kalau ada baju tapi tak fa baju dalam pun payah juga. Aku pun berfikir keras. Sebab aku memang berat hati nak bagi dia ni balik sorang-sorang. Malam dah ni.

   Zahara nampak wajah aku yang kesulitan berfikir pun ketawa kecil. Comel juga adik aku ni, decik dia di hati.

   "Aku tak nak ambil tahu. Kau orang berdua selesaikan sendiri. Aku nak masuk tidur. Malam." Sampuk Hezriq dan jalan tinggalkan kami berdua. Bertuah punya jantan.

   Hilang saja Hezriq dari pandang kami, Zahara mula bercakap. "Beginilah. Kakak ada bawa baju dalam lebihan. Yelah kamu tahu kan masalah perempuan, bila-bila masa je tetamu bulanan datang jadi kita kena siapkan awal-awal. Kakak pakai yang tu je dulu. Kamu jangan risau." Lega hati aku bila dia kata macam tu. Aku baru je nak sacrifice baju dalam aku.

   "Ye ke?! Kalau macam tu. Jom Ara tunjuk bilik!" Kata aku dengan nada teruja. Aku tarik tangan kak Zahara dan bawa ke bilik tetamu.

   Sampai sahaja kami di bilik tersebut, aku buka lampu dan buka AC. Sejukkan bilik. Aku pandang dia dengan senyuman.

   "Ni biliknya. Ok kan?" Tanya aku. Mana tahu dia tak selesa.

   "Ok sangat. Terima kasih." Dia duduk di katil itu.

   "Uh.. kakak mesti nak mandi kan? Sekejap Ara ambil baju. Sekejap tahu!" Aku naik ke atas dan cari baju yang paling cantik, selesa untuk diberi kepadanya.

   Aku kembali bersama sepasang baju tidur berwarna coklat. "Nak kak. Baju tidur. Kakak kalau nak mandi kat sana tu ada bilik mandi. Kakak mandi lah dalam tu. Kalau ada apa-apa kakak chat je atau telefon terus. Okay? Ara nak tidur dulu. Dah ngantuk. Selamat malam!" Aku lambai tangan dan keluar dari bilik.

Mrs. Farrel: Love?Where stories live. Discover now