BAB 1

221 20 6
                                    



Kemeja berwarna hitam disarung kemas bersama-sama seluar yang juga berwarna hitam. Hitam, warna kesukaannya. Hampir semua baju kerjanya berwarna hitam.

Dyna memandang dirinya di hadapan cermin sebelum senyuman manis terukir.

" Cantik juga aku ni" katanya sendiri.

Tiba-tiba, telefon pintarnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

Dyna terus mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut.

" Ya? Nak apa?" Soal Dyna, mendatar.

" Garangnya bunyi.. " kata Rezza, selamba.

" Eh garang? Sorry... Ya kenapa Rezza Fitriey yang kacak bergaya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Dyna, nadanya dilembutkan. Dia juga menjeling ke arah telefonnya tanda menyampah.

" Hehehe, saja rindu... Tak sabar nak jumpa kau dekat office. Datang cepat tau." Kata Rezza.

" Hmm " kata Dyna. Dia terus mematikan panggilan.

Dyna terus melangkah keluar dari bilik untuk ke tingkat bawah. Sempat dia menghantar mesej kepada Mia sambil berjalan.

' Mia sihat? Macam mana
duduk sana? Ok? '

' Sihattt! Best la juga. Tapi
Mia rindu kawan-kawan
Mia dekat Malaysia.' - Mia

' Kawan-kawan aje? Akak?'

' Rinduu.. akak tak pergi
kerja?' - Mia

' Nak pergi la ni, saja tanya khabar.
Jaga diri ya..'

' Baik.. akak pun! ' - Mia

Telefon pintarnya disimpan selepas dia membaca mesej terakhir yang dihantar oleh Mia.

Mia sekarang tinggal bersama-sama keluarganya yang berada di luar negara. Jepun. Selepas kematian opah, Dyna membuat keputusan untuk tinggal bersama-sama abang-abangnya manakala Mia akan tinggal bersama-sama keluarganya.

Kelihatan abang-abangnya sedang menikmati sarapan pagi mereka sebaik sahaja Dyna tiba di tingkat bawah.

" Good morning princess ketot Khai! " Sapa Khai, ceria seperti selalu.

" Good morning too orang tua! " Balas Dyna, selamba.

Terus tersembur air kopi yang diminum oleh Rafeeq selepas mendengar sapaan dari Dyna. Cepat-cepat Rafeeq mencapai tisu lalu mengelap tumpahan air.

" Orang tua? Sampai hati..." Kata Khai. Dia juga mencebikkan mulutnya.

" Kau kena sedar diri. Betul la apa yang Dyna cakap. Kau tu dah tua." Sampuk Sam, mendatar.

" Diam lah! Umur kau dengan aku sama aje." Kata Khai.

" Lebih tua Raf daripada aku" kata Sam, selamba.

Sekali lagi, Rafeeq tersembur air kopi yang diminumnya. Dia juga tersedak selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Sam.

Dyna terus menepuk-nepuk belakang badan Rafeeq.

" Raf ni kenapa? Ok ke? " Soal Dyna.

" Itu lah, minum tu biar sopan sikit. Jangan gelojoh." Kata Khai pula.

Rafeeq terus menjeling Khai dan Dyna.

" Apa jeling-jeling? Siapa ajar ni? Nak kena korek biji mata tu?" Soal Khai kepada Rafeeq sambil mencekak pinggangnya.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now