BAB 14

121 14 3
                                    

           
              Dyna mengetuk pintu dahulu sebelum dia masuk ke dalam pejabat Fahrin. Kelihatan Fahrin sedang sibuk melakukan kerjanya.

" Uii" tegur Dyna.

" Ya Dyna kuu" balas Fahrin.

" Kau masih tak dapat rakaman CCTV tu ke?" Soal Dyna.

" Tak.. penat la macam ni.. pagi petang siang malam aku cuba. Tak dapat-dapat." Kata Fahrin.

" Biar aku tolong.. bagi aje salinan CCTV tu nanti aku buat." Kata Dyna.

" Hehehe.. ini aku suka ni.." kata Fahrin sambil tersenyum.

" Dah, jom ikut aku" kata Dyna.

" Pergi mana?" Soal Fahrin.

" Rumah Raf.. kau tak pernah pergi lagi kan?"

" Kau nak pergi rumah Raf? Jom!" Kata Fahrin, teruja.

" Slow sikit suara kau tu.." kata Dyna.

" Ups, sorry.." kata Fahrin sebelum dia menutup mulutnya.

" Tapi kan, kenapa kau nak pergi sana?" Soal Fahrin, tertanya-tanya.

" Aaa yang tu kejap lagi aku bagitau.. dah jom lah. Alang-alang nak balik ni, kita pergi sana aje terus" kata Dyna.

" Ok, kejap aku nak kemas barang.." kata Fahrin.

" Okay.. aku tunggu dekat luar" kata Dyna, lembut.

Fahrin mengangguk kepalanya. Dyna terus berjalan keluar.

" Kau nak pergi mana dengan Fahrin?" Soal Azieq selepas dia terserempak dengan Dyna.

" Balik la, kan dah boleh balik.." jawab Dyna.

" Ouhh.. ok" kata Azieq. Dyna terus berlalu pergi.

" Jealous kah bro.." sampuk Ameer, selamba.

" Aku cuma bertanya.." kata Azieq, menafikan kata-kata Ameer.






          Dyna memandu keretanya sambil Fahrin mengikuti kereta Dyna. Mereka berdua dalam perjalanan ke rumah Rafeeq.

Selepas beberapa minit perjalanan menyusuri jalan raya, akhirnya mereka tiba di hadapan rumah Rafeeq.

Dyna dan Fahrin memarkir kereta mereka. Zackry terus keluar dari rumah selepas mendengar bunyi kereta Dyna masuk ke dalam kawasan rumah.

" Aku call kau kelmarin, harini baru datang. Jauh sangat ke perjalanan?" Soal Zackry kepada Dyna sebaik sahaja Dyna keluar dari kereta.

" Aku busy la.." kata Dyna.

" Faham..." Kata Zackry sambil mengangguk kepalanya.

" Eh budak.." kata Zackry kepada Fahrin.

" Ohh penyondol ni pun ada ke.. kenapa kau tak bagitau aku Dyna? Boleh aku singgah beli lada bergala.." kata Fahrin, selamba.

" Kenapa lada bergala?" Bisik Zackry kepada Dyna.

" Mana aku tau.. jangan tanya aku..tanya author." jawab Dyna. Dia terus melangkah masuk ke dalam.

( Author tak tahu. )

Zackry hanya mengikuti Dyna. Dia sempat menghantar senyuman kepada Fahrin.

Fahrin terus menjeling Zackry.


" Abang Raf!" Jerit Fahrin.

Dyna dan Zackry sedikit terperanjat dengan tindakan Fahrin yang tiba-tiba sahaja itu.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now