" Fahrin" tegur Azeem yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam pejabat Fahrin.
" Ya?" Soal Fahrin.
" Aku nak tanya soalan sikit boleh?" Soal Azeem sambil mengambil tempat duduk berhadapan Fahrin.
" Tanya la.." kata Fahrin. Dia terus menghentikan kerjanya.
" Dyna tu... Kau dengan dia dah kenal lama?" Soal Azeem.
" Lama la juga.. dari kitorang berapa tahun tah.. lagipun parents kitorang berkawan.. so lama juga la.." jawab Fahrin.
" Ouh.." kata Azeem sambil mengangguk kepalanya.
" Kenapa kau tanya?" Soal Fahrin, hairan.
" Dia anak Edwan Malik kan?" Soal Azeem.
" Ya.. mana kau tahu?"
" Gambar dia.." belum sempat Azeem menghabiskan ayatnya, seseorang terlebih dahulu memotong.
" Weh, diorang dah balik. Jom la pergi bilik meeting " sampuk Nayra.
" Yeay! " Kata Fahrin, teruja. Dia terus berlari meninggalkan Azeem dan Nayra.
" Dah kenapa dengan mamat tu?" Soal Nayra, hairan.
" Excited la tu best friend dia dah balik.." kata Azeem.
" Dyna! " Jerit Fahrin sambil berlari menghampiri Dyna.
" Dah kenapa dia ni jerit macam kau takda telinga" kata Ayish, selamba selepas melihat kelakuan Fahrin.
" Aku rindu kau Dyna... Lamanya kau pergi hospital tu..." Kata Fahrin.
" Aku rasa sekejap aje. Kau dah makan ke?" Soal Dyna.
" Dah tadi dengan Azeem.." jawab Fahrin.
" Ouh.. ok" kata Dyna.
" Kenapa dengan tangan kau Dyna?" Soal Fahrin selepas melihat tangan Dyna dibalut.
" Err... Ada something terjadi dekat sana..." Jawab Dyna.
" Kau bertumbuk ke? Atau kau kena kejar zombie? Atau... Azieq tu cari pasal dengan kau?" Soal Fahrin, selamba sambil menjeling Azieq yang sedang berdiri tegak di belakang Dyna.
" Otak kau." Sampuk Azieq selepas mendengar soalan yang keluar dari mulut Fahrin.
" Tak lah.. aku terjatuh.. dah jom la meeting. Lambat japgi kena marah pula" kata Dyna.
" Kalau Azieq cari pasal dengan kau, bagitau aje aku. Nanti aku kacau dia waktu tidur." Kata Fahrin, selamba.
" Ceh, aku halau kau dari rumah tu baru kau tau. Tidurlah kau dekat tepi jalan." Kata Azieq sambil menjeling Fahrin.
" Semua dah ada?" Soal Tuan Othman sebaik sahaja dia memasuki bilik mensyuarat itu.
" Dah Tuan" jawab mereka, serentak.
" Baiklah, hari ini.. kamu dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan pertama, pergi ke hospital untuk soal siasat Carla. Pasukan kedua pula, pergi rumah Dato David untuk cari maklumat dekat sana. Jadi.. Sila kongsikan apa yang kamu semua jumpa. " Ujar Tuan Othman.
" Kita mulakan dengan pasukan Azieq " sambungnya lagi.
Azieq mengangguk kepalanya sebelum dia berdiri. Dia juga memandang Dyna dan memberikan isyarat supaya Dyna juga berdiri.
" Saya takda banyak sangat maklumat. Dyna yang soal siasat Carla. Yang saya boleh bagitau, keadaan Carla agak tidak terkawal waktu kitorang sampai. Dia mengamuk, mungkin disebabkan trauma." Ujar Azieq.
YOU ARE READING
Endyna Daisha 2: THE CURE
ActionEndyna Daisha: 2nd series Endyna Daisha, satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Edwan Malik dan Hawa Dalilah. Prinsip hidupnya? 'AN EYE FOR AN EYE'. Selepas selesai membalas dendam demi arwah tunangnya, dia kembali bekerja sebagai ejen untuk...