BAB 20

119 17 11
                                    


                  Papan kekunci komputer ribanya ditekan. Dia melakukan kerjanya dengan mudah. Sam mencari setiap maklumat yang boleh membantu Dyna.

Selepas beberapa jam menyiasat, akhirnya dia menjumpai apa yang diingini.

" Nice! Setelah sekian lama aku cuba! Akhirnya..." Kata Sam sebelum dia tersenyum bangga.

" Abang Sam jumpa apa?" sampuk Fahrin dari arah belakang Sam.

" Kau.. datang dari mana? Pintu tu berkunci kan? Macam mana Fahrin masuk?" Soal Sam, sedikit terkejut dengan kemunculan Fahrin yang tiba-tiba sahaja itu.

" Balkoni tu.." Kata Fahrin sambil menunjuk ke arah balkoni bilik yang sedang terbuka.

" Ini tingkat dua Fahrin tahu? Takkan la kau panjat dari bawah tu.. bawah tu kan kolam?" soal Sam, hairan.

" Fahrin tak panjat. Tadi, Fahrin nak mandi kolam tu la. Tapi Fahrin malas turun tangga. Bilik Fahrin kan betul-betul atas ni aje. So Fahrin bergayut dekat situ. Tapi terjatuh dekat balkoni bilik ni bukan dekat kolam. Baru ingat nak terjun dari atas." Terang Fahrin, jujur.

" Fahrin gila? Ingat diri tu spiderman? Kalau apa-apa jadi, apa yang Sam nak jawab dengan si Fairuz tu? Fairuz tu ok lagi. Apa nak jawab dengan Dyna? Dia suruh jaga Fahrin tau tak?" Soal Sam.

" Takda apa la.. kalau terjatuh pun, terjatuh dalam kolam." Kata Fahrin, selamba.

Sam terus menjeling Fahrin sebelum dia mengelengkan kepalanya.

" Kenapalah hidup aku dikelilingi manusia yang pelik? Ingatkan takda Khai dengan Zackry dapat la bertenang." Kata Sam, pasrah.

" Fahrin normal la.. Fahrin cuma malas nak turun tangga." kata Fahrin selepas mendengar kata-kata Sam.

" Iya la.. ini Fahrin datang sini nak apa? Kejap datang lepastu balik. Dah macam hotel rumah ni." soal Sam.

" Lapar tadi.. lagipun malas la balik rumah tu. Azieq dah la keluar tak jumpa jalan balik. Ameer pula busy dekat tempat kerja. Bosan." Kata Fahrin sambil membaringkan dirinya di atas katil Sam.

" Siapa pula Azieq ni? Lapar kan? Dekat dapur ada makanan. Makan la.." Kata Sam.

" Dah tadi.. " Kata Fahrin.

" Ha pergi la mandi kolam tu. Jangan kacau orang nak buat kerja." Kata Sam.

" Taknak la.. tak best mandi sorang. Ingatkan abang Khai ada.. kalau ada Dyna ni.. dah ajak dia pergi jalan-jalan pusing Sabah ni." Kata Fahrin.

" Khai dengan Zackry balik semenanjung.." kata Sam.

" Ish, balik tak ajak. Mesti nak jumpa Dyna. Si Zackry tu, asyik nak berkepit aje dengan Dyna. Dasar penyondol." Kata Fahrin, tidak berpuas hati.

" Eh.. Raf yang minta dia balik semenanjung. Jangan nak jealous sangat. Dyna dah pernah cakap kan.. tiada siapa yang boleh gantikan Fahrin. Kecuali Dee." Kata Sam.

" Hmm ya la.. abang Sam nak minta tolong apa-apa ke? Bosan la.."

" Takda... dah jumpa." Kata Sam.

" Jumpa apa?" Soal Fahrin. Dia terus bangun dari baringnya lalu menghampiri Sam.

" Lokasi Henry. Dia bukan dekat Brazil." Kata Sam.

" Dia dekat mana? France?" Soal Fahrin.

" Malaysia." Jawab Sam.

" Serious? Lokasi terkini?" Soal Fahrin.

" Err, kejap" Kata Sam. Dia terus mencari lokasi terkini keberadaan Henry.


Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now