BAB 11

129 16 11
                                    

Sambungan..

           " Sekarang kau nak pergi mana?" Soal Zackry kepada Dyna yang fokus dengan pemanduannya.

Selepas selesai menjayakan rancangan mereka di hospital, Dyna terus memandu pergi.

" Apa yang kau jumpa dalam tu?" Soal Dyna. Soalan Zackry hanya dibiarkan tanpa jawapan.

" File Kes dan something yang diorang cuba untuk sembunyikan." Jawab Zackry.

" Something?" Soal Dyna, tidak mengerti.

" Ya.. waktu aku masuk dalam store tempat diorang simpan maklumat tentang mangsa dan kes-kes lain.. tiba-tiba ada orang masuk." Kata Zackry.

" Hah? Cuba cerita.." kata Dyna.

" Macam ni.."


Beberapa minit yang lalu...

          Sedang fokus Zackry mencari maklumat di setiap rak yang dipenuhi file, tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki seseorang menghampiri bilik.

Pintu dikuak perlahan. Zackry terus bersembunyi disebalik rak file.

Seorang lelaki berpakaian seperti seorang Doktor masuk ke dalam ruangan itu diiringi seorang lagi lelaki berbaju kemeja dan berblazer.

" Keadaan Carla dah stabil ke?" Soal lelaki berbaju kemeja itu.

" Ya.. tapi, dia taknak makan ubat yang aku bagi. Aku taktahu macam mana nak suruh dia makan." Jawab doktor itu.

" Kau paksa dia. Pastikan dia makan ubat tu. Kalau tak boleh bunuh dia, pastikan dia hilang kewarasan." Kata lelaki berbaju kemeja itu lagi.

" Aku dah suruh nurse paksa dia makan. Tapi dia memberontak. Aku juga cakap kalau dia tak makan, dia takkan boleh keluar dari hospital. Tapi dia tetap taknak." Kata doktor itu.

" Kau letak la ubat tu dalam air. Bagi dia minum waktu dia makan malam atau breakfast. Kalau dia gila, lagi senang kerja kita."

" Ya nanti aku cuba. Kau datang nak apa tah tadi?" Soal doktor itu.

" Pisau yang diorang jumpa dekat rumah Dato David tu kau simpan kan? "

" Ya" jawab doktor itu.

" Aku nak pisau tu."

" Ha kejap.." kata doktor itu lalu dia bergerak ke satu rak yang dipenuhi kotak-kotak.

Dia mengeluarkan sebungkus plastik yang berisi pisau lalu diserahkan kepada lelaki berkemeja itu.

" Kau nak hapuskan pisau tu?" Soal Doktor itu.

" Ya la.. kalau Dato David tau pisau ni ada DNA aku, mesti dia mengamuk. " Jawab lelaki itu.

" Itu la.. yang kau pergi tinggal pisau tu dekat sana lepas bunuh budak-budak tu kenapa? Nasib baik aku yang handle Kes ni. Kalau orang lain, mesti kau dah viral dan kena tangkap. Kau tu lawyer tau."

" Ish aku tertinggal lah. Boleh pula mamat gila tu pukul aku guna penyapu bila Carla jerit minta tolong. Lagipun aku tak sengaja la bunuh budak-budak tu. Siapa suruh anak dia jerit."

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now