BAB 10

121 12 2
                                    




                    Dyna mencapai kunci keretanya sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

" Dyna nak pergi mana? Office? Dyna cuti kan harini?" Soal Nayra sebaik sahaja dia melihat Dyna.

" Eh tak lah.. memang la harini cuti.. Dyna nak keluar kejap" jawab Dyna.

" Keluar dengan Azieq la tu.." sampuk Lissa, selamba.

" Ceyyy dating eh?" Soal Nayra, sambil tersenyum.

" Bukan dia dengan lah. Kenapa kena keluar dating dengan dia? Dyna nak jumpa kawan Dyna.." kata Dyna.

" Hehehe... Pergilah.." kata Nayra.

" Dyna mungkin balik lambat sikit.. Dyna pergi dulu.." kata Dyna.

Nayra dan Lissa mengangguk kepala mereka sambil melambai Dyna. Dyna terus pergi sambil tersenyum. Dia juga membalas lambaian Nayra dan Lissa.






                Selepas beberapa minit perjalanan, Dyna tiba di Lapangan Terbang Tawau. Dia memarkir keretanya sebelum dia melangkah masuk ke dalam kawasan itu.

" Dyna!" Tegur suara garau sebaik sahaja dia ternampak Dyna.

Seorang lelaki menghampiri Dyna sambil melambai tangannya. Dia juga tersenyum selepas melihat Dyna. Dyna juga membalas lambaian lelaki itu.

" Kau dah lama sampai?" Soal Dyna.

" Tak la lama sangat.. baru aje, aku singgah tandas tadi. Bila keluar terus aku nampak kau.." jawab Zackry.

" Ouh..." Kata Dyna sambil mengangguk kepalanya.

" Kau bawa apa yang aku suruh bawak?" Soal Dyna.

" Mesti la... Tapi kan, kenapa kau tak suruh aku post aje? ini sampai suruh aku datang Sabah." Soal Zackry.

" Aku perlukan pertolongan kau. Kau kan pembantu aku yang bijak dan berguna.." kata Dyna.

" Ceh, kenapa tak minta tolong abang kau? Diorang lagi bijak."

" Aku nak merajuk dengan diorang. Datang Sabah tak bagitau. Boleh pula ikut aku senyap-senyap. Diorang ingat aku taktahu ke.." kata Dyna.

" Hahahaha, so kau dah tahu?" Soal Zackry.

" Ya la.. dah lama kantoi. Aku saja pura-pura taktahu." Kata Dyna.

" Hahahaha.. aku dah agak dah kau akan tahu awal. Waktu aku nak ikut, diorang tak bagi." Kata Zackry.

" Dah la, jom" kata Dyna.

" Eh jap, aku nak tidur mana malam ni? Rumah kau?" Soal Zackry.

" Otak kau. Gila? Aku tinggal dengan kawan aku." Kata Dyna.

" Aku nak tidur mana? Takkan aku tidur tepi jalan?" Soal Zackry lagi.

" Hotel kan ada.. kau ni bodoh ka tak bijak?" Soal Dyna.

" Ya juga.. hehehe"

" Jom la.. kita pergi hospital dulu.." kata Dyna. Dia terus melangkah pergi.

" Hospital?" Soal Zackry, sendiri.

" Cepat la Zahrul Zackry! Aku tinggal kau kang, jalan lah kau sampai hospital tu!" Kata Dyna, suaranya dikuatkan agar Zackry dapat mendengar.

Zackry terus berlari sambil membawa barangnya.







            Selepas 25 minit perjalanan, mereka pun tiba di hospital. Dyna terus memarkir keretanya.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now