BAB 5

125 15 2
                                    

Sambungan...




                " Sekali lagi saya ucapkan selamat datang kepada Ejen Endyna Daisha dan Ejen Fahrin Syazrel. " Ujar Tuan Othman bagi memulangkan sesi perkenalan mereka.

Kesemua ejen yang berada di dalam bilik mensyuarat itu terus menepuk tangan mereka.

" Baiklah, kamu berdua boleh perkenalkan diri sebelum ejen yang lain perkenalkan diri. Silakan." Kata Tuan Othman kepada Dyna dan Fahrin.

Mereka berdua bangun dari duduk lalu berdiri di hadapan menghadap kesemua ejen-ejen SPASR bagi memperkenalkan diri mereka.

" Nama saya Fahrin Syazrel, umur 24 tahun. Panggil aje Fahrin.. nice to meet you! " Ucap Fahrin, riang.

"Nama, Endyna Daisha. Umur 24 tahun. Boleh panggil Dyna." Ujar Dyna, ringkas.

Kesemua ejen terus menepuk tangan mereka selepas Dyna dan Fahrin memperkenalkan diri.

" Baiklah, giliran ejen-ejen SPASR. Kita mulakan dengan Azieq yaa" kata Tuan Othman.

Azieq mengangguk kepalanya sebelum dia berdiri bagi memperkenalkan diri. Ejen-ejen yang lain juga berdiri untuk memperkenalkan diri mereka.

" Inspektor Adzieq Eizzani, just call me Azieq. 26 tahun ni." Ujar Azieq, mendatar.

" Saya Ayish Safwan, 25 tahun, panggil aje Ayish. Orang kedua terkacak di SPASR. Hehehe" ucap Ayish, riang.

" Nama saya Naylissa Aurora, umur 26, panggil aje Lissa. Nak panggil Nay pun boleh..."  kata Lissa sambil tersenyum.

" Saya Azeem Haykarl, 25 tahun. Panggil aje Azeem." Ujar Azeem.

" Bukan ka orang panggil kau Karl?" Sampuk Ayish, selamba.

" Itu kau aje yang panggil. Eh, sejak bila kau orang? Bukan kambing eh?" Soal Azeem kepada Ayish sambil tersenyum mengejek.

" Sopan kah begitu? Dasar beruk." Kata Ayish sambil menjeling Azeem.

" Aipp, diam. Kalau nak tunggu korang habis gaduh, sampai esok pun tak habis." Marah Lissa.

" Baiklah, Zara, sambung" kata Tuan Othman.

" Saya Zara Mikayla, 26 tahun dan boleh panggil saya Zara.." ucap Zara, lembut.

" Nama saya Harith Akmal, umur 26. Panggil aje Harith." Ujar Harith.

" Saya Amna Dalili, panggil aje Amna. Umur saya 25.." Ujar Amna pula.

" Nama Ameer Ziyad, 26 tahun, panggil aje Ameer. Ohh hampir lupa, aku orang kedua yang paling hensem di SPASR, bukan budak Ayish senget tu." Kata Ameer, mendatar.

Ayish terus menghantar jelingan kepada Ameer.

" Saya Nayra Dahlia, panggil aje Nayra. Umur saya 26. Saya juga satu satunya ahli Siber untuk pasukan ni." Ujar Nayra sambil tersenyum.

" Baiklah, semua dah perkenalkan diri. Saya harap kamu semua dapat bekerjasama untuk menyelesaikan misi-misi yang akan diberi." Ujar Tuan Othman, lembut.

" Pasukan kita diberi nama FEDELE. Yang bermaksud setia dalam bahasa Itali. Terdiri daripada sebelas orang ejen termasuklah Dyna dan Fahrin. Dyna akan bekerjasama dengan Ejen Azieq. Fahrin pula akan bekerjasama dengan Nayra. Saya harap Azieq dan Nayra dapat membantu Dyna dan Fahrin." Sambungnya lagi.

" Jadi, ada apa-apa soalan?" Soal Tuan Othman.

" Saya ada" kata Fahrin.

Tuan Othman mengangguk kepalanya.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now