BAB 18

106 15 3
                                    

Sambungan...

         

           " Sorry Dee.. maafkan aku.. semua ni salah aku.." kata Dyna. Dia memegang erat tangan kawan baiknya itu.

Dyna berasa sangat bersalah atas apa yang terjadi. Disebabkan dia, kafe Dee hangus terbakar.

" Takpa la Dyna.. benda dah nak jadi.." kata Dee.

Selepas beberapa minit kebakaran berlaku, pihak Bomba akhirnya tiba. Mereka terus melakukan kerja mereka. Pihak polis dan pihak perubatan juga tiba di sana.

" Korang ok? apa yang jadi sebenarnya ni?" Soal Alice yang menghampiri Dyna dan Rezza.

Alice, Kyle dan Ayie terus datang ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

" Kitorang ok.. cuma.. Dee la, kafe dia.." Jawab Rezza.

" Apa yang jadi?" Soal Kyle.

" Ada orang berdendam. Dia nak balas dendam dekat aku." Kata Dyna.

" Siapa? Kau kenal?" Soal Alice.

" Rio. Aku tak tahu nama sebenar dia. Tadi, dia ada call, cakap nak balas dendam. Dia mulakan dengan Dee. Aku tak faham. Kenapa? Kenapa sekarang? Dia cakap aku dah bunuh orang yang dia sayang. Tapi siapa?" Soal Dyna. Tidak mengerti dengan apa yang berlaku.

" Rio? Kau kenal dia?" Soal Rezza.

" Dia ada kena mengena dengan Kes yang aku tengah siasat sekarang. Tapi itu Kes lain. Apa kena mengena dengan aku? Dia target siapa? Aku? atau benda lain?" Soal Dyna lagi.

" Siapa target dia seterusnya?" Soal Ayie.

" Aku tak tahu. Dia tak bagitau lagi. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Aku kena cari dia dulu." Kata Dyna.

" Kau perlukan pertolongan kitorang?" soal Alice.

" Tak.. aku boleh lakukan ni sendiri. Aku taknak susahkan korang. Aku taknak korang jadi target juga.. just, tolong jagakan Dee untuk aku.. jaga diri korang juga" Kata Dyna.

" Aku boleh tolong kau.." kata Rezza.

" Thanks Rezza, tapi aku ok. Aku boleh buat. Jaga diri kau. Kalau aku betul-betul perlukan pertolongan korang, aku bagitau." Kata Dyna.

" Kau nak buat apa sekarang?" Soal Arsyad yang datang menghampiri Dyna.

" Dah lewat malam. Bawa Dee balik, jaga dia. Kesian dia tak cukup tidur. Dia mesti trauma juga. Aku minta maaf dah libatkan korang.. tolong jagakan kawan aku. Aku gerak dulu.." Kata Dyna.

" Kau nak pergi mana? Dah lewat malam ni." Soal Alice.

" Aku kena cari siapa Rio tu." Kata Dyna.

" Ya, tapi kau nak pergi cari dia dengan apa? Balik la dulu Dyna.. jom la, aku hantarkan kau.." Kata Alice.

" Thanks Alice" kata Dyna sambil tersenyum.

Alice membalas senyuman Dyna. Mereka berdua terus pergi meninggalkan kawasan itu.





Keesokan harinya..

                Fahrin memarkir keretanya sebaik sahaja dia tiba di pejabat SPASR. Dia terus keluar dari keretanya.

" Kau tidur mana semalam?" Soal Ameer yang datang menghampiri Fahrin bersama-sama Azieq.

" Tidur dengan abang aku. Kenapa? rindu aku ke?" Soal Fahrin.

Endyna Daisha 2: THE CURE Where stories live. Discover now