Sambungan...
" Quand doivent-ils se réveiller? ( Bila diorang sepatutnya bangun?)" Soalnya kepada salah seorang anak buahnya.
" le médicament ne dure qu'une heure, encore quelques minutes. ( Ubat tu hanya bertahan satu jam. Lagi beberapa minit.)" jawabnya sambil melihat ke arah jam tangannya.
Dyna membuka matanya. Tetapi dia tidak dapat melihat apa-apa kerana matanya telah ditutup dengan sesuatu. Bukan hanya matanya, tetapi seluruh mukanya.
Dyna mengerakkan badannya. Tangan dan kakinya tidak diikat.
" Azieq" Panggilnya.
Azieq terus membuka matanya. Tetapi, dia juga tidak dapat melihat.
" Dyna? Kau ok?" Soal Azieq, risau.
" Jangan risau, korang selamat." Sampuk suara garau yang datang menghampiri mereka berdua.
Dia terus menarik kain yang telah menutup pandangan Dyna dan Azieq.
" Kitorang dekat mana? Kenapa korang cucuk ubat tidur tu?" Soal Dyna.
" Kitorang cuma nak pastikan korang boleh dipercayai. Lagipun, ini kawasan rahsia." Jawab lelaki itu.
" Kawasan rahsia?" Soal Azieq.
" Ya.. selamat datang, Inspektor Adzieq Eizzani dan Inspektor Endyna Daisha. Ada seseorang yang sedang menunggu korang. Silakan.." Kata lelaki itu.
Dyna dan Azieq terus bangun dari duduk mereka. Mereka hanya mengikuti lelaki itu.
" ils se sont réveillés monsieur. ( Mereka dah sedar tuan.)" katanya kepada seorang lelaki berusia 50-an.
Lelaki itu terus tersenyum selepas melihat Dyna dan Azieq menghampirinya.
" Siapa dia ni Dyna?" Soal Azieq kepada Dyna dalam keadaan berbisik. Dyna tidak menjawab, dia hanya mendiamkan diri.
" Have a sit" kata lelaki itu.
Dyna dan Azieq terus mengambil tempat duduk di sofa mewah yang berada di ruangan itu.
" Henry Bernand? Right?" Soal Dyna kepada lelaki berusia 50-an itu.
" Ya.." jawab lelaki itu.
" Siapa Henry Bernand?" Soal Azieq.
" Kawan kamu kan? Inspektor Adzieq Eizzani." Soal Henry kepada Dyna.
" Ya.. dia sibuk nak ikut." Kata Dyna.
" Hahaha, risau kan? Perempuan yang kita sayang, pergi mana-mana sendiri. Biasalah tu.. lelaki.." Kata Henry, lembut.
Azieq mengangguk kepalanya. Dyna terus menghantar jelingan kepada Azieq.
" Jadi, kamu dah tahu saya berada di Malaysia? ya la, siapa aje yang berani ikut arahan orang yang tak dikenali. Aaron tak bagitau kamu tentang identiti dia dan saya kan?" Soal Henry.
" Ya.. saya baru tahu." Jawab Dyna.
" Siapa pula Aaron ni?" Soal Azieq.
" Pekerja saya. Atau, anak buah saya. Dia antara yang terbaik yang saya ada. Dia yang bawa kamu berdua kesini." jawab Henry sambil menunjuk ke arah Aaron yang sedang berada di hadapan pintu.
" Ouh.. dia.." Kata Azieq selepas melihat Aaron.
" Sini Aaron, duduk." arah Henry. Aaron terus menghampiri mereka lalu mengambil tempat duduk.
YOU ARE READING
Endyna Daisha 2: THE CURE
ActionEndyna Daisha: 2nd series Endyna Daisha, satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Edwan Malik dan Hawa Dalilah. Prinsip hidupnya? 'AN EYE FOR AN EYE'. Selepas selesai membalas dendam demi arwah tunangnya, dia kembali bekerja sebagai ejen untuk...